Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Niat Puasa Ramadan – Lafaz Niat Puasa Sebulan & Harian (JAKIM)

Niat Puasa Ramadan merupakan salah satu rukun dalam ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Hukum lafaz niat puasa adalah WAJIB.

Di samping itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Panduan Amalan Di Bulan Ramadan untuk rujukan semua umat Islam sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan.

Bagi umat Islam, berpuasa adalah satu peluang untuk beribadah kepada Allah bukan sahaja dengan tidak makan dan minum tetapi juga menahan diri daripada perbuatan buruk ketika berpuasa dan melakukan amalan tambahan untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Isi Kandungan

Lafaz Niat Puasa Ramadan

Niat Puasa Ramadan merupakan salah satu rukun dalam ibadah puasa. Tanpa niat seseorang itu tidak dianggap berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum.
  • Ini adalah berdasarkan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya:

“Hanya amalan-amalan itu dengan niat.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq. Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, hatta ketika sedang menunaikan sembahyang fardhu Maghrib. (Al-Majmu‘ 6/303)
  • Apabila seseorang itu sudah berniat puasa pada mana-mana bahagian waktu malam, tidak bererti pada lingkungan waktu itu dia mesti menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, bersetubuh dan sebagainya. Selama mana perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan tidak melewati waktu fajar shadiq, maka perbuatan-perbuatan tersebut tidak membatalkan niat puasanya tadi. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta‘ala:

Maksudnya:

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu (waktu) fajar.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 187)

  • Berdasarkan ayat di atas, Allah mengharuskan makan dan minum pada malam puasa sehinggalah terbit fajar. Maka jelas, perbuatan makan, minum dan segala perkara yang membatalkan puasa, keculi murtad, pada malam hari puasa tidak membatalkan niat puasa seseorang. (Al-majmu‘ 6/301, 303-304)
  • Menurut mazhab Syafi‘e, berniat puasa Ramadhan wajib dilakukan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat pada setiap hari puasa itu adalah dianggap ibadat yang berasingan di antara satu hari dengan hari yang lain. Sebab itu apabila satu hari puasa itu terbatal, ia tidak membatalkan puasa hari-hari yang terdahulu dan yang akan datang. Oleh itu, tidak memadai satu niat sahaja bagi satu bulan puasa. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar shadiq maka tidak ada puasa baginya.”

(Hadits riwayat Al-Baihaqi dan Al-Daraquthni)

Sumber: Sekolah Agama Menengah Jeram Batu 20 Jeram Kuala Selangor 

Niat Puasa Ramadan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Sebulan)

Niat Puasa Ramadan

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramahan (Harian)

Niat Puasa Ramadan

Bahasa Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Waktu Niat Puasa Ramadan

  • Waktu niat puasa ramadan adalah bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh).
  • Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.
  • Jika terlupa untuk niat puasa ramadan, menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, mereka menganjurkan juga untuk berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.
  • Ianya untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari.

Niat Puasa Ramadan

Apakah Aktiviti Yang Selalu Dilakukan Oleh Umat Islam Dalam Bulan Ramadan?

Untuk memanfaatkan bulan istimewa yang penuh barakah ini, umat Islam selalunya akan melakukan perkara berikut:

  • Berpuasa bermula dari waktu subuh (matahari terbit) sehingga terbenam matahari.
  • Memperbanyakkan berdoa.
  • Membaca Al-Quran dengan lebih kerap.
  • Meninggalkan tabiat buruk seperti merokok, mengumpat dan sebagainya.
  • Membanyakkan bersedekah dan amal jariah.

Semoga sedikit perkongsian tentang Niat Puasa Ramadan ini memberi manfaat kepada anda di luar sana. Selamat menunaikan ibadah puasa pada Bulan Ramadan. Semoga amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More