Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Nuzul Al-Quran 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 10 Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Nuzul Al-Quran 2024 yang akan tiba tidak lama lagi. Sepuluh negeri yang akan bercuti pada hari tersebut adalah seperti dibawah.

Isi Kandungan

Perisitiwa Nuzul Al-Quran

Hari Nuzul Al-Quran merupakan hari dimana seluruh Umat Islam memperingati peristiwa di mana Allah telah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Penurunan Al-Quran ini merupakan proses yang berterusan dan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sehingga menjadi sebuah kitab Al-Quran yang lengkap.

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, berdasarkan pandangan sesetengah ahli sejarah Islam.

Ketika berlakunya peristiwa agung ini, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun dan sedang beribadat di dalam Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas (dari tempat yang tinggi) ke bawah.

Perkataan “Quran” pula bererti bacaan atau himpunan. Menghimpunkan ayat-ayat mengenai soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima (5) ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ٢

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٣

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ٤

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ٥

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Hari Nuzul Al-Quran 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 10 Negeri Di Malaysia 1
Nuzul Al-Quran 2024

Tarikh Nuzul Al-Quran 2024

Tarikh sambutan Hari Nuzul Al-Quran 2024 adalah pada 28 Mac 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 17 Ramadan1445H.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam untuk tahun 2024.

Hari Nuzul Al-Quran 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 10 Negeri Di Malaysia 2
Nuzul Al-Quran 2024

Cuti Umum Negeri Sempena Hari Nuzul Al-Quran 2024

Hari Nuzul Al-Quran termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.

Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran adalah seperti berikut:Negeri-negeri yang tidak bercuti sempena Hari Nuzul Al-Quran adalah seperti berikut:
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah Persekutuan Labuan
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya
4. Kelantan
5. Pahang
6. Perak
7. Perlis
8. Pulau Pinang
9. Selangor
10. Terengganu
1. Johor
2. Kedah
3. Melaka
4. Negeri Sembilan
5. Sabah
6. Sarawak
Hari Nuzul Al-Quran 2024, Tarikh Cuti Umum Bagi 10 Negeri Di Malaysia 3
Nuzul Al-Quran 2024

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat memperingati peristiwa dan menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1445H.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More