Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia & Pengumuman Hari Raya

Berikut dikongsikan berkaitan tarikh lihat anak bulan Syawal 2024 di Malaysia yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Isi Kandungan

Makluman Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024

Tarikh lihat anak bulan Syawal 2024 telah ditetapkan pada petang Selasa, iaitu 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan tarikh lihat anak bulan Syawal 2024 adalah pada tarikh yang ditetapkan itu. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia & Pengumuman Hari Raya 1
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024

Lokasi Cerapan Anak Bulan Syawal 2024

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang Selasa di 29 lokasi seluruh Malaysia.

Berikut adalah lokasi-lokasi pencerapan anak bulan Syawal 2024 di 29 lokasi, iaitu

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman
14. Pulau Perhentian, Besut
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh
17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
19. Pusat Falak Miri
20. Teluk Bandung, Kuching
21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024

Penentuan Awal Bulan Syawal di Malaysia

Penentuan awal bulan Hijri di Malaysia mengguna pakai kaedah rukyah dan hisab. 

Rukyah (melihat anak bulan) dilaksanakan pada hari ke-29 pada setiap bulan (fokus 29 Ramadan).

Sekiranya anak bulan (hilal) tidak kelihatan, maka hisab digunakan dengan merujuk kepada syarat Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) yang telah dipersetujui. Sekiranya syarat dipenuhi, maka esoknya akan menjadi 1 Syawal dan sekiranya tidak dipenuhi, maka esoknya digenapkan 30 hari Ramadan (puasa).

Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) adalah syarat / kriteria yang dipersetujui bersama dalam menetapkan kenampakan hilal.

  • KIR yang ditetapkan adalah hilal dikira kelihatan sekiranya ia berada pada kedudukan tidak kurang daripada 3° tinggi dari ufuk dan 6.4° elongasi / jarak lengkung bulan-matahari ketika matahari terbenam pada hari ke-29 (hari rukyah / hari cerapan). Syarat ini baru saja diperkenalkan pada Muharram 1443H menggantikan syarat lama iaitu hilal dikira kelihatan sekiranya berada pada kedudukan tidak kurang daripada 2° tinggi dari ufuk dan 3° elongasi / jarak lengkung atau umur hilal 8 jam selepas ijtima’.
  • Syarat KIR baru tidak lagi menerima umur hilal sebagai kriteria.
  • Kriteria baru diperkenalkan selepas kajian hilal dalam tempoh yang agak lama dilaksanakan di Malaysia dan juga merujuk kepada data hilal yang diperolehi dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei dan juga dibuat untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan KIR yang lama.

Bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah, pihak yang bertanggungjawab untuk merukyah hilal dan melaporkan kenampakan hilal ialah jawatankuasa yang dipengerusi dan diurusetiakan oleh Jabatan Mufti Negeri.

Mereka ini diberi tanggungjawab untuk merukyah hilal di 29 lokasi cerapan hilal seluruh Malaysia.

Sekiranya hilal kelihatan, laporan akan dipanjangkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, begitu juga jika hilal tidak kelihatan.

Pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan memutuskan keputusan kenampakan hilal dan diumumkan kepada masyarakat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber Rasmi: Maktabahalbakri

Pengisytiharan Hari Raya Puasa Tahun 2024

Penetapan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharaannya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran radio dan televisyen pada malam tersebut.

Pengumuman tarikh 1 Syawal boleh ditonton melalui siaran-siaran berikut:

  • berita utama TV1,
  • berita utama TV3,
  • berita utama BERNAMA,
  • berita utama Astro Awani, dan
  • saluran-saluran media live streaming

pada jam 8.00 malam, pada 9 April 2024.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia & Pengumuman Hari Raya 4
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024

Semoga perkongsian tarikh lihat anak bulan Syawal 2024 ini bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia di luar sana!

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More