Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lafaz Niat Puasa 6 & Keistimewaan Puasa Di Bulan Syawal

Memandangkan kita sudah berada di bulan Syawal, maka kali ini kami akan kongsikan lafaz niat puasa 6 syawal untuk rujukan semua umat Islam diluar sana.

Isi Kandungan

Tuntutan Melaksanakan Ibadah Puasa Di Bulan Syawal

Tibanya bulan Syawal, semua umat Islam pasti tersenyum kegembiraan dalam meraikan bulan kemenangan ini setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Kesemua daripada kita pasti akan merindui suasana bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan digandakan pahala amalan dari Allah SWT.

Namun, berakhirnya bulan Ramadhan, bukan bererti pengakhiran kita untuk tidak meneruskan ibadah puasa dan salah satunya amalan yang dituntut adalah mengerjakan ibadah puasa 6 di bulan Syawal.

Banyak keistimewaan dan kelebihan yang dapat diperoleh sekiranya kita berusaha menunaikannya.

Antara Sunnah Rasulullah SAW pada bulan Syawal adalah puasa enam.

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama tahun.”

(Hadis Riwayat Muslim)
Lafaz Niat Puasa 6 & Keistimewaan Puasa Di Bulan Syawal 1
Niat Puasa 6

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

Lafaz niat puasa 6 di bulan Syawal adalah seperti berikut:

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa pada esok hari dari enam hari pada bulan Syawal sunat kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Puasa 6 & Keistimewaan Puasa Di Bulan Syawal 2
Niat Puasa 6

Keistimewaan Puasa 6 Pada Bulan Syawal

Selain lafaz niat puasa 6 diatas, kami kongsikan juga fadilat dan kelebihan puasa 6 di bulan Syawal menurut sumber rujukan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan JAKIM, iaitu

1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun

Puasa merupakan salah satu ibadah yang mempunyai tempat yang tinggi di sisi Allah. Justeru, umat Islam amat digalakkan untuk melengkapkan puasa 6 pada bulan Syawal.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”

(Hadith Riwayat Muslim)

2. Menampung Kekurangan Puasa Ramadhan

Antara kelebihan puasa 6 adalah ia merupakan peluang untuk kita menampung kekurangan puasa Ramadhan yang sebelumnya.

أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.

“Sesungguhnya puasa enam dan puasa Syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.”

(Lataif Maarif)

3. Allah Menjanjikan Syurga Buat Mereka Yang Rajin Berpuasa

Sepertimana hadis Nabi Muhammad SAW, terdapat pintu syurga yang telah dikhususkan iaitu Ar-Rayyan buat hamba Allah yang melazimkan ibadah puasa.

مَن أَنفَقَ زوجَينِ في سبيلِ اللهِ، نودِيَ من أبوابِ الجنةِ: يا عبدَ اللهِ هذا خيرٌ، فمَن كان من أهلِ الصلاةِ دُعِيَ من بابِ الصلاةِ،

ومَن كان من أهلِ الجهادِ دُعِيَ من بابِ الجهادِ، ومَن كان من أهلِ الصيامِ دُعِيَ من بابِ الرَّيَّانِ، ومَن كان من أهلِ الصدقةِ

دُعِيَ من بابِ الصدقةِ . قال أبو بكر رضي الله عنه : بأبي انت وأمي يا رسول الله ما على من دعي من تلك الأبواب من

ضرورة ، فهل يدعى أحد من تلك الأبواب كلها؟ قال : نعم وأرجو تكون منهم.

Terjemahan : “Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, dia akan dipanggil daripada pintu syurga: Wahai hamba Allah ini adalah kebaikan untukmu. Sesiapa yang sentiasa mendirikan solat, dipanggil daripada pintu solat. Sesiapa yang berjihad, dipanggil daripada pintu jihad. Sesiapa yang berpuasa, dipanggil daripada pintu ar-Rayyan. Sesiapa yang bersedekah, dipanggil daripada pintu sedekah. Saidina Abu Bakar R.A berkata: Demi ibu dan ayahku wahai Rasulullah SAW Mereka yang dipanggil daripada pintu-pintu tersebut tidak lagi memerlukan kepada apa-apa. Apakah akan ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu. Jawab Baginda SAW: Ada, aku mengharapkan engkau termasuk di kalangan mereka.”

Bulan Syawal juga dilihat sebagai kayu ukur sama ada amalan pada bulan Ramadhan berjaya memberi kesan pada hati dan perbuatan kita atau tidak.

Sekiranya kita masih mengekalkan rutin ibadah sama seperti pada bulan Ramadhan, bererti kita telah berjaya mencapai matlamat sebenar bulan Ramadhan itu sendiri, iaitu sebagai bulan latihan bagi umat Islam dalam mengutamakan ibadah kepada Allah berbanding perkara lagha.

Oleh itu, sementara kita mempunyai masa dan ruang dalam setiap kehidupan ini, janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali ini.

Semoga perkongsian lafaz niat puasa 6 diatas bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana. Selamat berpuasa!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More