Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT MINIT MESYUARAT YANG LENGKAP BERSAMA CONTOH TEMPLATE

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT MINIT MESYUARAT ini bertujuaan sebagai rujukan para guru khususnya dan minit mesyuarat ini selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi mencapai objektif sedemikian, kita seharusnya mempunyai sumber dan rangka yang pelbagai dalam sampel sampel minit mesyuarat berkenaan supaya ubah suai yang perlu dilakukan adalah minima sahaja.

Jenis Jenis Contoh Minit Mesyuarat

Dalam Sistem Pendidikan di Sekolah, terlalu pelbagai mesyuarat yang bakal diadakan. Dikesempatan ini, SGO akan menyediakan bahan contoh boleh diedit bagi jenis contoh minit mesyuarat berikut ;

  1. Format Minit Mesyuarat ‘blank’
  2. Format Minit Mesyuarat SK Bandar
  3. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
  4. Minit Mesyuarat PIBG
  5. Minit Mesyuarat Kokurikulum
  6. Minit Mesyuarat Staf
  7. Minit Mesyuarat Sukan
  8. Minit Mesyuarat Panitia Subjek
  9. Minit Mesyuarat Guru
  10. Minit Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
  11. Minit Mesyuarat Pengurusan

Dapatkan “TEMPLATE CONTOH MINIT MESYUARAT” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Dipersilakan download untuk rujukan bersama.

 CONTOH TEMPLATE

 DOWNLOAD DI SINI

TEMPLATE CONTOH MINIT MESYUARAT

Semoga bermanfaat dan memudahkan urusan para guru sekalian.

 

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT MINIT MESYUARAT

Disini kami suka untuk berkongsi sedikit tips berkenaan dengan cara membuat minit mesyuarat yang berkesan dan praktikal. Dan kami harap ianya sangat-sangat membantu para guru terutamanya sekiranya menghadiri sesuatu mesyuarat.

1. Format Minit Mesyuarat yang umum

Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika kita sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.

2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu

Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Sekiranya mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut.

Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut.

Biasanya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.

3. Tindakan Lanjutan

Biasanya kita seharusnya menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan.

Sekiranya tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.

4. Bahagian Pengesahan.

Disini juga bahagian yang penting dalam minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat dalam menyediakan minit mesyuarat patutlah dikenalpasti dari awal agar tandatangan mudah didapati secepat yang mungkin.

Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.

Sekian sahaja perkongsian kami dalam posting kali ini. Sila sebarkan sekiranya para guru menemui bahan ini bermanfaat kepada semua. Sekian Terima kasih.

 

Penutup 

Semoga atikel ini dapat memberi inspirasi dan rujukan bagi para guru diluar sana khususnya.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT MINIT MESYUARAT ini membantu anda..

Anda juga mungki berminat : CONTOH LATIHAN KARANGAN BAHASA INGGERIS UPSR Format Surat Rasmi Terkini

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More