Panduan Permohonan No.Pin dan Log In Kali Pertama ke LHDN Online

Berikut dikongsikan Panduan Permohonan No.Pin dan Log In Kali Pertama manakala anda juga boleh merujuk Cara Isi Borang E-Filling Cukai Pendapatan LHDN Secara ONLINE. Ini merupakan Berita baik buat pembayar cukai yang ingin menggunakan kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Berikut dikongsikan panduan cara isi borang e-Filling cukai pendapatan LHDN secara online.
Isi Kandungan
BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL
Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/.
BAHAGIAN C: PENGGUNA KALI PERTAMA
1.1 Makluman
Pastikan anda salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan /
menyemak No. PIN
Sekiranya anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila ke cawangan LHDNM yang berdekatan.
Perlu disertakan:
• Salinan Kad Pengenalan,
• Penyata Pendapatan / Slip Gaji terkini
Atau melalui e-Daftar. Sila klik di sini untuk ke aplikasi e-Daftar.
1.2 Permohonan No. PIN (bagi Pembayar Cukai Individu)
Permohonan No. PIN individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
1.3 Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi
Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut :
i. Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH).
Tuan/Puan boleh hadir ke Cawangan LHDNM/UTC/PKH yang berhampiran. Sila kemukakan
dokumen berikut semasa memohon :
a. Borang CP55B yang lengkap diisi.
b. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
c. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain
Pengarah Syarikat.
d. Salinan kad pengenalan/passport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.
e. Permohonan melalui pihak ketiga dibenarkan dengan syarat ada kebenaran bertulis
dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat berserta salinan
pengenalan diri Wakil Syarikat. Dokumen lain yang diperlukan:
Salinan Borang 49 ( jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah
Syarikat ).
Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat ( jika Borang CP55B ditandatangani
oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat ).
1.4 Login Kali Pertama
Fungsi ini digunapakai oleh pengguna yang ingin menggunakan sistem ezHASiL. Pengguna mestilah melakukan fungsi Login Kali Pertama terlebih dahulu untuk memastikan pengguna memiliki sijil digital sama ada individu mahupun organisasi. Pengguna boleh log masuk seperti biasa apabila telah berjaya melakukan transaksi ini.
Perhatian:
Nombor PIN boleh didapati melalui mana-mana kaunter atau cawangan Lembaga Hasil Dalam NegeriMalaysia (LHDNM) yang berdekatan.
Pertama akan dipaparkan.
ii. Masukkan No.PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar. Sistem ezHASiL akan
memaparkan skrin Langkah 2 bagi Login Kali Pertama seperti di bawah.
iii. Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju. Sistem ezHASiL akan
memaparkan skrin Langkah 3, seperti di bawah.
iv. Klik butang Hantar untuk teruskan tindakan Login Kali Pertama. Sistem ezHASiL akan
memaparkan mesej seperti di bawah, jika berjaya
v. Klik pautan sini, untuk meneruskan Log Masuk.
Adakah Anda Sudah Berjaya Log In Kali Pertama ke LHDN Online?
Selepas anda ikuti semua langkah yang diberikan diatas, adakah anda berjaya login kali pertama ke laman web LHDN untuk membuat efilling? Jika sudah, kongsikan kepada kami pandangan anda mengenai prosesnya.