Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemandu Mabuk Pukul Pegawai Bomba – Langgar 3 Kereta

Baru sebentar tadi tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan beberapa kenderaan yang telah terlibat dalam kemalangan di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan, tengah hari ini.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 25 saat itu, menunjukkan beberapa kenderaan telah dirempuh oleh seorang pemandu yang dipercayai mabuk dan berada dalam pengaruh alkohol.

Lelaki tersebut dikatakan telah memukul salah seorang pegawai bomba dan cuba untuk melarikan diri sebelum dihalang beberapa pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di tempat kejadian.

Suspek kemudiannya cuba bertindak agresif dengan meronta-ronta dan meraung untuk melepaskan diri daripada ditahan beberapa pegawai JBPM lain.

Sumber: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More