Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan Sarawak 2020

Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan ini merujuk kepada Pembayaran Bantuan Insentif Khas (BIK) Tahun 2020 bagi Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak. Pembayaran BIK Tahun 2020 kepada semua Penjawat Awam Persekutuan ini dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan April 2021.

pembayaran

Seperti yang sedia maklum, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Insentif Khas (BIK) Tahun 2020 sebanyak RM500.00 kepada setiap seorang Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sarawak pada tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak  pada 13 November 2020 yang lalu.

Sebagai menghargai pengorbanan kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan yang telah menyumbang khidmat bakti di Sarawak, mereka akan dibayar insentif secara one-off RM500 pada suku pertama 2021. Berikut merupakan petikan ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 13 November lalu:

“Semasa pandemik Covid-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan lain, bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjaga rakyat kita.

“Syukur Alhamdulillah, wabak Covid-19 telah dapat dikawal pada tahap yang baik,”.

“Mereka (petugas) telah mempertaruhkan keselamatan diri dan mengorbankan keselesaan. Terdapat juga ramai anggota perkhidmatan awam yang bekerja di belakang tadbir, namun bekerja dengan penuh tekun dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Pembayaran Akan di Salurkan

Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri Sarawak telah menyalurkan peruntukan tersebut kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak untuk tujuan pembayaran BIK Tahun 2020 berdasarkan syarat-syarat serta jumlah pegawai yang dikemukakan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak. Pembayaran BIK Tahun 2020 kepada semua Penjawat Awam Persekutuan dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan April 2021.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Tips Cara Lebih Produktif di Tempat Kerja

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More