Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 Untuk Rakyat – PEMULIH

Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 untuk rakyat telak dikemukanan oleh Perdana Menteri sebentar tadi. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi bantuan dari segi bebanan yang ditanggung oleh rakyat khususnya kepada yang masih mencari kerja.

Apa Perbentangan dari Perdana Menteri berkenaan dengan Pakej MEMULIH?

Petang tadi, tepat jam 5 petang, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah membentangkan Pakej PEMULIH Perlindungan Rakyat Dan Perlindungan Ekonomi yang akan mula digerakkan tidak lama lagi. Dalam sidang yang berkenaan, banyak bantuan dan dana akan disalurkan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang terjejas dalam pelbagai hal.

PEMULIH adalah tidak lain dan tidak bukan bagi memberikan bantuan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia berdasarkan 3 fokus utama yang telah digariskan. Jadi, pada kali ini saya akan kongsikan dengan anda berkaitan Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 Untuk Rakyat.

Banyak hal-hal yang telah menimpa kita semua sejak berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sejak bulan Mac pada tahun 2020. Rentetan daripada itu, masalah kewangan boleh dikatakan menjadi isu yang hangat kerana kebanyakan masyarakat yang kehilangan pekerjaan.

Berikut merupakan antara perkara yang menimpa masyarakat daripada pelbagai lapisan dan jenis pekerjaan:

JENIS PEKERJAAN

KESAN NEGATIF

Pengusaha kedai makan dan restoran

Ketiadaan pelanggan membawa kerugian yang besar

Tukang rumah dan pekerja kontrak

Sektor pembinaan tidak dibenarkan beroperasi

Pemilik kedai gunting rambut, kedai pakaian, pusat cuci kereta, peniaga pasar malam

Tidak boleh menjalankan perniagaan secara menyeluruh

Syarikat dan perniagaan besar

Tidak dibenarkan untuk beroperasi menjadikan perniagaan terjejas

Disebabkan hal sebegini, inisiatif Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 Untuk Rakyat akan menjadi suatu kemudahan kepada masyarakat yang terjejas.

Perluasan Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300

Menurut ucapan yang disampaikan oleh PM Tan Sri Muhyiddin, katanya sudah hampir berjuta masyarakat Malaysia yang telah pun mendapat pelbagai manfaat bantuan dalam bermacam bentuk seperti secara tunai daripada pihak kerajaan sejak bulan Mac 2020 yang lalu. Akan tetapi, nampaknya bantuan dan dana harus dipertingkatkan selagi kemelut yang melanda negara belum sampai ke titik akhir.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, perluasan Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 ini:

  • Akan diberikan khususnya kepada mereka yang merupakan bukan pencarum PERKESO.
  • Antaranya adalah pekerja sektor yang tidak formal, lepasan graduan baharu seperti diploma mahupun degree dan lepasan sekolah(SPM/STPM)
  • Menerima wang elaun yang berjumlah sekurang-kurangnya RM300
  • Pemohon yang layak hendaklah mendaftarkan diri mereka di bawah platform rasmi MyFutureJobs

Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini, keraaan telah melakukan inisiatif bagi memberikan Bantuan Kehilangan Pendapatan.

  • Bantuan ini dijangka akan mulai diberikan kepada mereka yang layak pada tarikh 21 Oktober 2021 ini
  • Secara keseluruhan, anggaran jumlah sebanyak RM500 Juta ringgit akan dimanfatakan oleh sebanyak 1 Juta penerima
  • Mereka yang layak menerima bantuan ini akan berdasarkan data daripada PERKESO dan KWSP

Iniasiatif “Place and Train” Di Bawah Program Janapreneuer

   

Program ini merupakan satu program di bawah Janapreneur khususnya untuk belia lepasan sekolah dan graduan. Tambahan maklumat:

  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang sebanyak RM125 Juta melalui HRD Corp bagi membuka peluang kepada 30 000 orang untuk megikuti program ini.
  •  Jaminan pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang mengikuti latihan program ini dan menamatkannya.

*NOTIS: Segala cara bagi memohon bantuan di atas akan dikemas kini dari masa ke masa.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagaimana? Moga-moga anda, saya dan bahkan kita semua beroleh kemudahan bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi kemelut ekonomi ini. Banyak sebenarnya kesusahan yang terpaksa kita hadapi. Adakalanya dalam kalangan kita yang terpaksa meminjam wang daripada jiran demi membeli beras, makan sekali sehari semata-mata untuk mengikat perut dan bahkan diusir oleh tuan rumah sewa kerana tidak dapat membayar duit sewa.

Disebabkan perkara ini, kerajaan akan mencuba sedaya upaya bagi membantu meringankan beban yang dipikul oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk memohon Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300, Bantuan Kehilangan Pendapatan dan program di bawah Janapreneur.

Selain itu, anda juga boleh memohon bantuan lain seperti i-Citra yang juga telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi. Tidak lupa juga, program 1GB Data Harian Percuma juga boleh dipohon terutama kepada para ibubapa yang kurang berkemampuan untuk menjalankan proses Pdpr anak-anak mereka.

Wajarkah Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan Sekurangnya RM300 ini diteruskan?

Sangat wajar. Ya, pastinya ini sangat membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan sementara mendapat jawatan atau pekerjaan yang tetap. Tambahan pula kos sara hidup sekarang masih di tahap membimbangkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More