Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sehingga 12 Mei

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian melalui kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tawaran melalui kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela ini dibuka mulai 2 Mei sehingga 21 Mei 2021 daripada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sehingga 12 Mei 1

Isi Kandungan

Tempat Pemeriksaan

Orang ramai yang ingin melaksanakan pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma ini boleh di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara.

Namun, hanya cawangan PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang sahaja yang dikecualikan daripada tawaran pemeriksaan percuma ini.

Senarai cawangan PUSPAKOM boleh disemak melalui pautan dibawah: https://www.puspakom.com.my/branches/?lang=ms.

Pemeriksaan Bergerak

Selain daripada pemeriksaan yang dilakukan di cawangan-cawangan PUSPAKOM, terdapat juga pemeriksaan bergerak daripada jam 9 pagi hingga 4 petang yang boleh didapati di:

  • Wisma DRB-HICOM, Shah Alam: 3 Mei 2021
  • Perkarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur: 8 Mei 2021

Item Yang Diperiksa

Terdapat 25 item di bahagian kenderaan yang akan diperiksa merangkumi antara perkara berikut:

  • Ujian brek
  • Gelincir sisi
  • Tayar
  • Suspensi
  • Asap
  • Lampu
  • Cermin Gelap
  • Bahagian Atas dan bawah

Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sehingga 12 Mei 2

Cara Membuat Temu Janji

Orang ramai yang ingin membuat temu janji bagi pemeriksaan percuma ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mypuspakom.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Register Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  4. Log masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Login.’
  5. Buat pendaftaran temu janji di cawangan PUSPAKOM dan tarikh yang diingini.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungu Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000.

Artikel lain : Tip Pembiayaan Pinjaman Kereta5 Sebab Kereta Terpakai Lebih Menarik Berbanding Kereta Baru

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More