Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Para guru boleh menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM. Penubuhan EPSA telah dicetuskan oleh tuntutan pembelajaran sepanjang hayat supaya keperluan latihan dapat disokong sepenuhnya, terutama dengan cabaran fenomena ekonomi global silang yang tidak lagi boleh menyokong sesi pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Cara Pendaftaran Keahlian

Pendaftaran Keahlian EPSA hanya boleh dibuat sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA. Antara langkah-langkah pendaftaran keahlian adalah seperti berikut:

  1. Pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan
    • Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel
    • Tekan butang ‘Daftar’
    • Terima e-mel 1: Pengguna perlu tekan pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum luput
    • Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
  2. Pengguna yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan
    • Tekan Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyelia
    • Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirian
    • Pengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia
    • Tekan butang ‘Daftar’
    • Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja
    • Terima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA

pendaftaranpendaftaran

Cara Pendaftaran Kursus EPSA

Pengguna boleh mendaftar kursus di EPSA® melalui Katalog Kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Tekan ‘Log Masuk’ ke Portal E-Pembelajaran Sektor Awam
  2. Tekan Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.

Kaedah Pembelajaran

Pembelajaran melalui Portal EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.

Bahan pembelajaran adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna.

Surat Tamat Kursus

Pengguna boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Tekan pada menu ‘Sijil’.
  2. Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Tekan ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.

Syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:

  1. Pastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.
  2. Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.

Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’ = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di Progress Report atau My Progress.

Pembelajaran dalam tempoh satu (1) jam boleh disambung pada hari berikutnya.

Bagaimana untuk mengisi Buku Log Kursus / Latihan?

Bagi tujuan menulis kehadiran kursus Pembelajaran Kendiri melalui EPSA, daripada Surat Tamat kursus terdapat Tarikh Tamat Kursus.

Sebagai Contoh Kursus Amalan 5 S, nilai jam kursus adalah 12 jam = 2 hari kursus. Tarikh Tamat Kursus adalah 9 April 2020, maka Tarikh Mula Kursus adalah 8 April 2020.

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu tekan hiperangkai ‘Lupa Kata Laluan’ di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel.

Maklumat Lanjut

Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi

  • Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702
    • (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP).

Artikel lain: Bouquet For Prihatin 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More