Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 KPM

Isi Kandungan

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022 telah dibuka mulai 1 Mac 2021. Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2022, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara dalam talian.

Syarat – syarat pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022

Murid Tahun 1 Sesi 2022  perlu yang Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016

Tarikh Permohonan

Anda boleh mula memohon pendaftaran tahun 1 sesi 2022 ini bermula pada 1 Mac 2021 ini sehingga 30 April 2021. Jika anda gagal, anda boleh meminta rayuan permohonan pada tarikh 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Keputusan rayuan akan diberitahu pada 1 Oktober 2021.

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2021
  • Tarikh Tutup : 30 April 2021
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2021
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021

Dokumen Yang Diperlukan

Anda juga perlu kemukakan beberapa dokumen sebagai bukti. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  • Sijil Lahir murid
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  • Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Anda boleh mengikut cara pendaftaran yang disediakan ini. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Atau anda boleh merujuk mengikut panduan dibawah ini:

pendaftaran

Bagi permohonan baru, anda perlu ikut langkah dibawah:

pendaftaran

pendaftaran

Setelah memasukkan if pengenalan murid, anda dikehendaki mengisi maklumat peribadi murid.

pendaftaran

Seterusnya isi maklumat kesihatan murid. Pastikan maklumat perlu ditanda dengan betul

pendaftaran

Tekan di Carian No. KP Penjaga Utama untuk masukkan nombor kad pengenalan penjaga utama.

pendaftaran

Satu pop-up akan dipaparkan, anda hanya perlu masukkan No. Kad pengenalan penjaga utama dengan tepat dan tekan Carian.

Sekiranya no. pengenalan penjaga belum pernah didaftar, satu pop-up akan muncul dan anda perlu tekan butang Teruskan bagi mengisi maklumat penjaga.

pendaftaran

Jika pernah berdaftar, pop-up lain akan muncul dan tekan OK.

pendaftaran

Maklumat Permohonan

Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan tekan butang Simpan dan Seterusnya

pendaftaran

 

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 2022 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.

Artikel lain:  Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP, Pendaftaran ePraSekolah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More