Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan e-Prasekolah Sesi 2022

Isi Kandungan

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan kemasukan murid prasekolah kementerian tahun 2022. Pendaftaran murid boleh dibuat secara dalam talian sahaja atau anda sebagai ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang berkelayakan untuk kemasukan ke PraSekolah KPM. Menurut maklumat daripada laman web rasmi KPM, permohonan untuk sesi persekolahan tahun 2022 akan dibuka 1 Mac 2021 sehingga 30 Mei 2021.

permohonan

Syarat Kelayakan Memohon PraSekolah KPM

  1. Kanak – kanak Warganegara Malaysia
  2. Kanak – kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018
  3. Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah

Permohonan PraSekolah KPM

Anda boleh memohon dengan menggunakan dua kaedah iaitu secara atas talian ataupun secara manual. Anda perlu diingatkan bahawa hanya anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan sahaja yang boleh mohon.

E-Praskolah Online

anda boleh membuat dengan menerusi laman web ePraSekolah melalui langkah ini:

  1. Tekan pautan ini terlebih dahulu, https://eprasekolah.moe.gov.my
  2. Jika anda pengguna yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan jika anda sudah berdaftar, boleh teruskan dengan tekan butan LOG MASUK
  3. Tekan Borang Permohonan PraSekolah dan isi tempat kosong
  4. Pilih sekolah mana yang anda mahukan
  5. Dapatkan pengesahan oleh ibu bapa atau penjaga
  6. Hantar borang yang telah diisi dan cetak borang yang telah diisi
  7. Hantar cetakan borang beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah pilihan anda
  8. Akhir sekali, semak keputusan secara dalam talian
  9. Atau anda boleh rujuk pada manual pengguna ini, E – PRASEKOLAH IBUBAPA

Permohonan Secara Manual

  1. Anda hanya diperlukan mengambil borang permohonan di sekolah pilihan anda
  2. Lengkapkan borang tersebut
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan terlebih dahulu
  4. Hantar borang berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah
  5. Semak keputusan melalui sekolah tersebut

Status Keputusan Bagi Sesi 2022

Status permohonan anda boleh disemak secara dalam talian pada 5 Ogos 2021. Hanya pergi ke laman web rasmi dan tekan butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan Laman Pengguna.

Rayuan Permohonan

Rayuan boleh dibuat dengan tekan butang RAYUAN PERMOHONAN pada 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Atau anda boleh lihat langkah – langkah dibawah:

Permohonan e-Prasekolah Sesi 2022 1

permohonanPermohonan e-Prasekolah Sesi 2022 2Permohonan e-Prasekolah Sesi 2022 3Permohonan e-Prasekolah Sesi 2022 4

Maklumat Lanjut

Bantuan Helpdesk

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan
Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah (Alamat Emel)

Artikel lain:  Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP Program Jana Niaga

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More