Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 ini.

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak yang bakal memasuki alam persekolahan Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online iaitu Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM – Public.moe.gov.my).

Pendaftaran adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Selain itu, anda juga boleh semak pusat ujian PKSK sesi 2022 – Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

pendaftaran murid tahun 1

APAKAH SYARAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024?

Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran tersebut :

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan);
  2. Sijil Lahir murid;
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online);
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid;
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin;
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan);
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal);

Senarai dokumen yang diperlukan adalah tertakluk kepada sekolah yang dimohon, setiap sekolah mungkin mempunyai keperluan dokumen yang sama dan mungkin ada yang berbeza.

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

DIBUKA?

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Tarikh Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024?

Ikuti langkah berikut untuk membuat pendaftaran :

  1. Layari portal rasmi Sistem Pengurusan Sekolah KPM;
  2. Klik “Pengguna Baru” pada pautan daftar masuk;
  3. Kemudian, tekan “Daftar Pengguna”;
  4. Klik “Daftar”;
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar;
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu “Tahun 1”;
  7. Kemudian klik “Permohonan Baharu”;
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar;
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Seterusnya, tekan butang “Simpan dan Seterusnya”;
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke “Semak Permohonan”;
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke bahagian terakhir iaitu “Perakuan”;
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu “Perakuan” dan klik “Peraku Benar Dan Hantar” di bahagian paling bawah menu;
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

pendaftaran murid tahun 1

BILAKAH TARIKH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023?

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2022, sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022.

Berikut adalah Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM :

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing. Rujuk maklumat pegawai e-daftar rendah berikut :

Semoga informasi yang dikongsikan ini memberi manfaat serta memudahkan urusan ibu bapa serta penjaga yang bakal mendaftarkan anak-anak mereka ke persekolahan Tahun 1. Sebarkan untuk manfaat semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More