Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Disini kami kongsikan cara pendaftaran MySikap JPJ. Untuk urusan di JPJ sepanjang Total Lockdown, anda boleh menggunakan portal MySikap untuk melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Di sini kami kongsikan cara daftar MySikap Online.

Isi Kandungan

2 Jenis Pendaftaran MySikap JPJ

Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced. Berikut adalah perbezaan bagi kedua-dua jenis ID tersebut:

  • eID Standard:
    • Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
    • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
  • eID Advance:
    • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
    • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Secara ringkasnya, perbezaan utama adalah dari segi capaian terhadap transaksi, maksudnya ID advanced boleh melakukan lebih banyak jenis perkhidmatan JPJ secara online.

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Cara Daftar MySikap Online

i) Cara Daftar MySikap (Standard ID)

Untuk pengguna Standard ID, tak perlu hadir ke kaunter pun untuk pengesahan cap jari.

Boleh buat secara online saja.

Caranya:

  1. Layari laman web https://jpj.gov.my atau terus ke laman web MySikap di https://public.jpj.gov.my/
  2. Tekan butang Daftar / Log Masuk Kali Pertama
  3. Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  4. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  5. Klik Teruskan
  6. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  7. Klik Teruskan.
  8. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  9. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

ii) Cara Daftar MySikap (Advanced ID)

Untuk pendaftaran pengguna Advanced ID, anda perlu hadir ke Cawangan JPJ berhampiran untuk pengesahan cap jari.

Caranya:

  1. Hadir ke cawangan JPJ berhampiran
  2. Dapatkan Nombor Rujukan Pendaftaran ID Portal MySikap
  3. Layari www.jpj.gov.my
  4. Klik Daftar
  5. Klik Log Masuk Kali Pertama
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan beserta Nombor Rujukan yang diperolehi dari cawangan JPJ tadi (mesti didaftarkan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan)
  7. Sahkan dan klik Hantar
  8. Tunggu notifikasi Pendaftaran Berjaya dan semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
  9. Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
  10. Tukar kata laluan sementara kepada kata laluan pilihan anda.
  11. Selesai. Kini anda boleh membuat 38 perkhidmatan JPJ secara online!

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Pendaftaran MySikap JPJ Penggunaan Tanpa Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Hotline JPJ : 03 8000 8000

Laman Web Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/

Sumber infografik: Unit Media Komunikasi Korporat JPJ Negeri Kedah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More