Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan TLDM Siri 228/24 Bagi Lepasan SPM/SVM & Lepasan Diploma

Pengambilan TLDM Siri 228/24 secara walk-in akan dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki dan wanita yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan TLDM Siri 228/24

Maklumat Pengambilan TLDM Siri 228/24 adalah seperti berikut:

Jawatan1. Perajurit Muda (PtM) TLDM Bagi Lepasan SPM / SVM (Lelaki Dan Wanita)
2. Perajurit Muda (PtM) TLDM Bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki)
Tarikh Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 227/24 Secara Walk-In18 April 2024 – 10 Mei 2024
Jabatan / KementerianTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Gaji Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00
Kenaikan Gaji TahunanMengikut Pangkat
Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)1. Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut
2. Bayaran Insentif Krew Kapal Selam
3. Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
4. Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas
5. Tuntutan Cuti Tahunan
Keistimewaan1. Rawatan perubatan dan pergigian
2. Pakaian seragam
3. Waren perjalanan tahunan
4. Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
5. Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
6. Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)
Pengambilan TLDM

Lokasi Pemilihan Pengambilan TLDM Siri 228/24

Calon-calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti pada jadual dibawah.

Zon Utara18 April 2024 (Khamis) – Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah
21 April 2024 (Ahad) – SKTLDM SITIAWAN, Perak
Zon Pantai Timur18 April 2024 (Khamis) – MSS Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan
21 April 2024 (Ahad) – Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan, Pahang
Zon Selatan24 April 2024 (Rabu) – Pangkalan TLDM Johor Bahru, Johor
Zon Tengah24 April 2024 (Rabu) – KD Sri Gombak, Kuala Lumpur
Zon Sarawak10 Mei 2024 (Jumaat) – RNO Kuching, Sarawak
Zon Sabah30 April 2024 (Selasa) – Dewan Azim RK Taman Samudera Batu 5 Sandakan, Sabah
3 Mei 2024 (Jumaat) – KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
7 Mei 2024 (Selasa) – KD Sri Tawau
Pengambilan TLDM Siri 228/24 Bagi Lepasan SPM/SVM & Lepasan Diploma 1
Pengambilan TLDM

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon Pengambilan TLDM Siri 228/24 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Lelaki dan wanita warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 5 Disember 2024.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki Dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki.
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana.

Calon-calon Pengambilan TLDM Siri 228/24 juga perlu melepasi syarat-syarat khusus seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  3. Bagi Lepasan Diploma, pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi.
  4. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Engineering
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering

Cara Permohonan

Pemohon perlu hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:

  • Waktu pendaftaran: 0800H hingga 0830H.
  • Waktu pemilihan: 0830H hingga 1700H.
  • Pakaian Temuduga: Pakaian sukan dan berkasut sukan.

Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat.
  2. Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat.
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat.
  4. Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat.
  5. Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat.

Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan November 2024.

Untuk maklumat penuh pengambilan, syarat dan tarikh serta lokasi pemilihan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan TLDM Siri 228/24 Bagi Lepasan SPM/SVM & Lepasan Diploma 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan TLDM Siri 228/24 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan TLDM Siri 228/24 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More