Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengecualian Cukai Jalan OKU : Roadtax Percuma Untuk OKU

Pengecualian Cukai Jalan OKU : Roadtax Percuma Untuk OKU telah pun dilaksanakan mulai 15 Mac 2022, dan merupakan satu inisiatif di bawah Bajet 2022. Inisiatif ini adalah satu langkah kerajaan dalam memastikan golongan OKU diberi perhatian dan bantuan sewajarnya bagi memastikan tiada lapisan masyarakat yang tertinggal dalam arus pembangunan negara.

Isi Kandungan

Pengecualian Cukai Jalan OKU

Pengecualian Cukai Jalan OKU

Pada pengumuman Bajet 2022 yang lalu, pihak kerajaan telah menggariskan satu insentif pengecualian cukai jalan OKU di mana golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai kenderaan tidak lagi perlu membayar cukai jalan untuk kenderaan mereka, jika sebelum ini mereka perlu membayar fi sebanyak RM2. Pengumuman ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua peringkat masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Pelbagai program dan insentif telah diwujudkan bagi golongan OKU, antaranya anda boleh baca berkenaan Elaun Pekerja OKU.

Pihak Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan akan melaksanakan pelan insentif ini menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan, dan permohonan boleh mula dibuat sejak 15 Mac 2022 yang lalu. Dengan insentif pengecualian cukai jalan OKU ini, pihak kerajaan akan menanggung sepenuhnya fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan golongan OKU yang layak dan menepati kriteria ditetapkan.

Syarat Permohonan Pengecualian Cukai Jalan OKU

Permohonan adalah terbuka kepada semua pemegang kad OKU semua kategori (bukan fizikal sahaja), termasuklah ibu bapa yang berdaftar dan mempunyai anak OKU, penjaga mahupun individu mempunyai pasangan suami/isteri OKU. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah berdaftar dan mempunyai rekod dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Pemohon mempunyai lesen memandu
  3. Kenderaan hendaklah berdaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon
  4. Kenderaan mestilah yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan individu OKU, atau
  5. Jika tidak diubahsuai, kenderaan mestilah sama ada pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja
  6. Pengecualian turut dipanjangkan kepada kenderaan yang didaftarkan dan dimiliki oleh ibu bapa / penjaga berdaftar yang mempunyai anak OKU, serta suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU yang telah berdaftar dengan JKM
  7. Hanya untuk 1 kereta dan 1 motosikal sahaja

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka sejak 15 Mac 2022 yang lalu dan pemohon yang layak untuk pengecualian cukai jalan OKU boleh mula memohon.

Info Tambahan: Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang layak untuk mendapatkan pengecualian cukai jalan tersebut dan telah memiliki lesen kenderaan motor sama ada baharu atau diperbaharui selepas 1 Januari 2022, iaitu sebelum tarikh permohonan bagi kedua-dua pengecualian itu dimulakan, anda boleh serahkan semula LKM anda ke kaunter JPJ dan berhak dibayar dengan rebat – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, petikan Sinar Harian dari sumber Bernama.

Cara Memohon Pengecualian Cukai Jalan OKU

Untuk membuat permohonan, anda boleh muat turun borang permohonan di bawah atau boleh dapatkan secara terus di kaunter JPJ berhampiran anda:

Borang Permohonan Pengecualian Cukai Jalan OKU

Sumber: Telegram InfoJPJ

Dokumen Sokongan Perlu Dibawa

Sebelum anda menyerahkan borang permohonan ke kaunter, pastikan anda bawa bersama dokumen berikut:

  1. Kad OKU asal dan salinan
  2. Kad Pengenalan beserta salinan
  3. Salinan lesen memandu
  4. Surat Wakil dan juga Kad Pengenalan Wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter

Anda juga boleh tonton video ringkas penjelasan oleh  saudara Akhi Akmal di bawah ini:

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terdekat anda atau Ibu Pejabat JPJ seperti di bawah:

Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194

 

 

 

 

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More