Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Emel / Pos

 

Isi Kandungan

Cara Keluarkan Duit Akaun 2 i-Lestari KWSP.

Seperti yang kita telah maklum, , pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dipohon bermula 1 April 2020 secara online/emel/pos.

Susulan daripada krisis wabak COVID-19, Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. Antaranya adalah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan serta kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kemudahan ini membolehkan ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 untuk rujukan mereka yang berminat dan berkelayakan.

Panduan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 (i-Lestari)

Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran wang di akaun 2 KWSP seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media pada 23 Mac 2020 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion:

SYARAT PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

  1. Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur kurang daripada 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Berikut adalah kaedah bagi mengeluarkan wang KWSP Akaun 2. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:-

1. Secara Online

  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020

2. Melalui Emel

  • Secara e-mel kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik); Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

3. Secara Pos

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
      Karung Berkunci No 220,
    • Jalan Sultan
    • 46720 Petaling Jaya
    • Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

Nota: Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli

 

SOALAN LAZIM i-LESTARI KWSP (FAQ)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP buat rujukan ahli/ pencarum KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

  • Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2. Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:-

  • i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:
    • Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
    • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  • ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  • iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

  • Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
  • Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

4. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

  • Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

  • Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.
  • Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi
  • ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu.

Untuk maklumat yang lengkap, sila muat turun FAQ di pautan Soalan Lazim Asas

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More