Sumber Rujukan Globalisasi Anda

17 PENGELUARAN KHAS KWSP 2023

PENGELUARAN KHAS KWSP 2023 sekali lagi telah diumumkan kepada rakyat dalam membantu menghadapi krisis kewangan yang semakin hari semakin meningkat ini. Pengeluaran khas ini juga adalah untuk membantu ekonomi rakyat yang semakin meruncing disebabkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

Justeru, ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat.

Isi Kandungan

Pengeluaran Khas KWSP 2022

Seperti yang kita sedia maklum, pada tahun 2022 rakyat telah dibenarkan untuk membuat Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000. 

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Jadi, bagaimana pula untuk Pengeluaran Khas KWSP 2023? Adakah cara pengeluarannya masih sama dengan Pengeluaran Khas KWSP 2022? Mari kita lihat sama-sama.

Pengeluaran Khas KWSP 2023

Terdapat 17 jenis-jenis Pengeluaran Khas KWSP 2023 yang rakyat perlu tahu. Antaranya adalah seperti yang berikut:

1.

Pengeluaran untuk
yang mencapai umur 50 Tahun

Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu

Pengeluaran Penuh
Akaun 2

Pengeluaran Sebahagian
Akaun 2

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHLI)

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

2.

Pengeluaran untuk
yang mencapai umur 55 Tahun

Terdapat 4 jenis pengeluaran iaitu

Pengeluaran Kesemua
Simpanan

Pengeluaran Sebahagian
Simpanan

Pengeluaran Bulanan

Gabungan Sebahagian
Simpanan dan Bayaran Bulanan

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHLI)

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

3.

Pengeluaran untuk
yang mencapai umur 60 Tahun

Terdapat 4 jenis pengeluaran iaitu

Pengeluaran Kesemua
Simpanan

Pengeluaran Sebahagian
Simpanan

Pengeluaran Bulanan

Gabungan Sebahagian
Simpanan dan Bayaran Bulanan

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHLI)

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

4.

Pengeluaran bagi menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman rumah

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHLI)

Membawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Rumah dari Lembaga
Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

**Tarikh Penyata Baki hendaklah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh
permohonan yang diterima

Sijil Kahwin / Surat Nikah / Sijil Kelahiran Anak untuk permohonan
membantu pasangan

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

5.

Pengeluaran untuk
Hilang Upaya

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Berumur 55 Tahun
kebawah

Mempunyai simpanan
KWSP

Tidak bekerja

Disahkan oleh pegawai perubatan telah hilang upaya fizikal atau mental

**Pengeluaran hilang
upaya membolehkan untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental tersebut menjejaskan sehingga menghalang pencarum untuk bekerja

Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP

Temujanji penilaian
oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

6.

Pengeluaran untuk
Meninggalkan Negara

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Penduduk yang mempunyai
taraf Kewarganegaraan
Malaysia yang telah melepaskan
taraf Kewarganegaraan untuk berhijrah ke Negara lain

Seseorang yang bukan
Warganegara Malaysia yang telah
berhenti kerja dan akan pulang
ke Negara asal

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa Passport, Permit Kerja, dan Bukti
Penamatan Kerja

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9K (AHLI)

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

7.

Pengeluaran untuk
Membiayai Pendidikan

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9B (AHLI)

Membawa Laporan Perubatan Asal dari Institut Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta)

Membawa Surat Tawaran Belajar

Membawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang Asal

Membawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian

Membawa Salinan Keputusan Peperiksaan yang Terkini (kecuali untuk pelajar IPTA)

Membawa Surat Temuduga

Membawa Bukti Kelayakan untuk Mengikuti Pengajian

Membawa Pengeluaran
Pendidikan untuk Anak Ahli Pencarum

Membawa MyKad Anak Ahli dan
Dokumen Bukti Pertalian

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

8.

Pengeluaran untuk
Pekerja yang Pencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9N (AHLI)

Membawa Lampiran
A – Notis Akaun untuk Pelepasan Caruman KerajaanBerhubung dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen

Membawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli Pencarum

9.

Pengeluaran untuk
Skim Pelaburan Ahli

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Ahli dialu-alukan
untuk ‘transfer’ sebahagian
simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi membolehkan dan menambah simpanan persaraan untuk kehidupan semasa persaraan

Pencarum boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas pada Akaun
1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik

10.

Pengeluaran untuk
Pengeluaran bagi Pembinaan/Membeli Rumah

Langkah-langkah untuk pengeluaran ialah

Membawa kad pengenalan bagi Warganegara Malaysia

Mengisi Borang Permohonan KWSP 9C (AHLI)

Membawa Dokumen Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian hendaklah tidak melebihi 3 Tahun dari tarikh
permohonan)

Membawa Dokumen Kelulusan Pinjaman Perumahan (seandainya kelulusan pinjaman adalah kurang daripada setahun)

Membawa Surat Perjanjian Bina Rumah (tarikh perjanjian hendaklah tidak melebihi 3 Tahun dari tarikh
permohonan)

Membawa Surat Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah

Pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Ahli

11.

Pengeluaran untuk
Perumahan PR1MA

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Ahli dialu-alukan
untuk menggunakan simpanan semasa dan simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama pencarum

12.

Pengeluaran untuk
Haji

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Ahli yang beragama
islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji sebagai perbelanjaan tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH)

Menggunakan simpanan
Akaun 2

13.

Pengeluaran untuk
Kesihatan

Kos perubatan
penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk

Diri sendiri

Ibu bapa pencarum (kandung, angkat, tiri, mentua)

Pasangan pencarum

Adik-beradik pencarum
(kandung)

Anak-anak pencarum
(kandung, angkat, tiri)

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Berumur 55 Tahun
kebawah

Mempunyai simpanan
dalam Akaun 2

-Kos perubatan tidak
dibiayai sepenuhnya oleh majikan

Penyakit/peralatan
bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP

Tidak mendapat rawatan alternatif

14.

Pengeluaran untuk
Simpanan Melebihi 1 Juta

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Ahli yang mempunyai
simpanan lebih dari 1 Juta untuk
membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan

15.

Pengeluaran untuk
Meninggal Dunia

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Telah membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah

Ahli keluarga di
bawah tanggungan pencarum juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian

16.

Pengeluaran untuk Perumahan Fleksibel

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Berumur 54 Tahun
kebawah

Membeli/membina sebuah rumah kediaman

Mempunyai pinjaman
perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP

17.

Pengeluaran untuk
Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Syarat-syarat untuk pengeluaran ialah

Berumur 55 Tahun
kebawah

Sekurang-kurangnya mempunyai
RM600 di dalam Akaun 2

Membeli/membina sebuah rumah kediaman

**Masih mempunyai
tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjam yang diiktiraf oleh KWSP

Ansuran bulanan telah bermula

Seterusnya, anda boleh membuat pemohonan dan semakan keputusan pengeluaran dengan mengikuti cara yang berikut:

Cara Pengeluaran Khas KWSP 2023 

  1. Pihak KWSP baru sahaja mengumumkan link portal untuk anda log masuk untuk memohon, iaitu melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Anda dikehendaki login permohonan & status semakan keputusan 2023
  3. Selepas anda berjaya login, anda perlu terus memilih ‘MOHON SEKARANG’
  4. Masukkan segala maklumat yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan / mykad / UC / MYPR
  5. Anda perlu sahkan diri melalui no TAC yang dihantar ke nombor telefon terkini yang telah anda daftarkan kepada pihak KWSP
  6. Pilih jumlah pengeluaran KWSP yang anda inginkan selagi tidak berada di julat amaun yang dibenarkan
  7. Kemudian, isi maklumat tentang diri anda selengkapnya
  8. Sila sahkan permohonan anda dengan tick Terma & Perakuan
  9. Permohonan selesai

Apakah pandangan anda tentang Pengeluaran Khas KWSP 2023 ini ? Adakah perkongsian ini membantu anda? Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More