Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengumuman Pemenang Pertandingan Mewarna Dan Sijil Penyertaan TcerDotMy Tahun 2023

Pengumuman Pemenang Pertandingan Mewarna Dan Sijil Penyertaan TcerDotMy akan diumumkan sebulan dari tarikh tutup penyertaan, iaitu 7 Oktober 2021. Maka dengan itu, tarikh untuk pengumuman pemenang akan diumumkan pada 7 November selewat-lewatnya. Umum ketahui, ini adalah pertandingan yang pertama kali dari pihak kami, dan niat kami hanyalah untuk membantu para pelajar untuk mendapatkan sijil extra.

Isi Kandungan

Sambutan Luar Biasa

Oleh kerana sambutan pertandingan mewarna edisi pertama ini teramat luar biasa kerana telah menerima penyertaan hampir 10 ribu lebih penyertaan. Maka pihak pengurusan telah bermesyuarat untuk mengambil sedikit masa yang agak lama untuk:

  1. Meneliti dengan lebih mendalam setiap penyertaan
  2. Memilih lukisan yang terbaik dengan tenang
  3. Menapis penyertaan yang lebih dari dua kali disebabkan masalah teknikal
  4. Staf yang sedia ada ada yang sedang bercuti kerana masalah kesihatan
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna

Pengumuman Tarikh Penting Pertandingan Mewarna

  • Tarikh Tutup Penyertaan : 7 Oktober 2021
  • Tarikh Pengumuman Pemenang : 7 November 2021
  • Tarikh Sijil Diedarkan : 7-14 November 2021

Mohon Maaf Atas Kelewatan

Sekali lagi pihak kami memohon maaf kepada semua para peserta yang pastinya tidak sabar menunggu keputusan dan sijil dari pihak kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan proses pemilihan pemenang dan juga sijil penyertaan.

Jutaan Terima Kasih Kepada Para Peserta

Kami juga sangat berterima kasih pada semua ibubapa dan para guru yang secara langsung terlibat dalam pertandingan ini. Maafkan segala kekurangan dipihak kami, kami akan cuba menambahbaik di masa akan datang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More