Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bahaya Penyakit Ain? Jom Ketahui 6 Tanda-Tandanya

Adakah penyakit Ain ini boleh terkena kepada manusia? Bagaimanakah penyakit ini boleh terjadi kepada seseorang individu itu? Sebelum itu kita perlu faham terlebih dahulu apakah penyakit ain yang dimaksudkan ini. Mari kita baca penjelasan di bawah :

Isi Kandungan

Maksud Penyakit Ain

Penyakit Ain adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai dengan sifat iri mahupun rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat ataupun orang yang soleh. Ain adalah pandangan suka disertai hasad yang berasal dari tabiat yang buruk yang dapat menyebabkan orang yang dipandang itu tertimpa sesuatu musibah atau bahaya.

penyakit ain

Bahaya Penyakit Ain

Ain dari kata ‘aana – ya’iinu yang beerti : terkena sesuatu hal dari mata.

Asalnya dari kekaguman orang yang melihat sesuatu, lalu diikuti oleh respon jiwa yang negatif, lalu jiwa tersebut menggunakan media pandangan mata untuk menyalurkan racunnya kepada yang dipandang tersebut. (Fatawa Al Lajnah Ad Daimah, 1/271)

Wanita Hamil Boleh Keguguran Kerana Ain

penyakit ain
Wanita Hamil

Mengapa saya mengatakan wanita yang sedang mengandung ini juga boleh menyebabkan keguguran kerana Ain? Ini demikian kerana, para wanita khususnya yang suka berkongsi atau mempamerkan gambar mereka yang sedang hamil di media sosial seperti instagram, facebook dan lain-lain untuk ditunjuk dan memberitahu kepada khalayak ramai tentang berita gembira ini. Adapun begitu, kita tidak mengetahui sebenarnya orang-orang diluar sana ini mampu memberikan kita impak yang tidak baik mahupun aura yang negatif serta kemudaratan pada diri kita.

Jadi berhati-hati lah para ibu di luar sana kerana walaupun gambar yang di kongsikan itu dikenakan dengan kepsyen “MasyaaAllah… Tabarakallah“, tidak serta merta melindungi dan menghindari diri kita daripada terkena bahaya Ain ini. Jadi sebaik-baiknya kita merahsiakanlah khabar gembiranya itu agar kita terlindung dari pandangan kagum mahupun hasad dari orang-orang lain.

Tanda – Tanda Penyakit Ain

Ibnu Qayyim rahimahullah ada menjelaskan, “Orang yang menjadi penyebab Ain ini boleh saja menimbulkan penyakit ini tanpa harus dengan melihat. Bahkan terkadang ada orang buta, kemudian diceritakan pula tentang sesuatu kepadanya, jiwanya boleh menimbulkan Ain meskipun dia tidak melihatnya. Ada banyak hal yang boleh menjadi sebab terjadinya penyakit itu, contohnya hanya dengan cerita saja tanpa melihat langsung“. (Zadul Ma’ad 4/153)

Adakah anda pun pernah terkena dengan Ain ini? Jom kita ketahui apakah tanda-tanda terkenanya Ain ini kerana anda mungkin pernah terkena tanpa mengetahui sebenarnya anda telah dijangkiti oleh penyakit tersebut. Berikut menunjukkan 6 Tanda – Tanda kita dijangkiti oleh Ain :

  • Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
  • Badan kerap merasakan lemah dan tidak bermaya.
  • Sering diserang demam panas.
  • Sentiasa ingin marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
  • Dibenci oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat.
  • Bermimpi sesuatu yang pelik.

Sebenarnya banyak lagi lah antara tanda-tanda lain yang juga merupakan kita ini boleh terkenanya dengan penyakit ini, tidak hanya seperti yang telah saya senaraikan di atas sahaja.

Cara Mencegah Penyakit Ain

Berikut merupakan cara-cara mencegah penyakit ain daripada dijangkiti :

Cara Pencegahan
1. Melindungi diri dan orang yang dikhawatirkan terkena Ain dengan berbagai bacaan dzikir, doa, surat al-muawwidzatain (Surat Al Falaq dan Surat An Nas), hingga lafal ta’awwudz yang disyariatkan.
2. Mendoakan keberkahan bagi orang yang dikhawatirkan akan diserang Ain apabila dipandang, baik menyangkut diri orang tersebut, harta, anak, saudara atau hal apa saja yang boleh menimbulkan kekaguman.
3. Tidak memamerkan apa pun yang mungkin dapat memunculkan ketakjuban dan kekaguman bagi orang yang menatapnya, lantaran khawatir terkena Ain.

Doa Untuk Menghindari Dari Penyakit Ain

Disini saya kongsikan petikan doa yang kita boleh amalkan supaya kita dijauhi oleh segala penyakit. Mudah – mudahan dengan doa yang diamalkan ini mampu menghindari kita semua daripada segala penyakit yang tidak diingini.

penyakit ain
Doa Penyakit Ain

Semoga dengan sedikit sebanyak perkongsian berkenaan dengan penyakit Ain dapat memberikan anda kesedaran tentang bahaya penyakit Ain dan juga ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan untuk kita semua.

>> Lihat lagi penyakit lain yang mungkin anda ingin ketahui.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More