Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Riket – Gejala, Rawatan dan Pencegahan

Riket adalah keadaan yang mempengaruhi perkembangan tulang kanak-kanak. Penyakit ini amat serius kerana ia boleh menyebabkan sakit tulang, pertumbuhan yang lemah dan tulang menjadi lembut. Tulang yang lemah boleh menyebabkan kecacatan tulang. Penyakit ini bukan sahaja berlaku apda kanak – kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh alami keadaan yang serupa. Ia dikenali sebagai osteomalacia atau tulang lembut.

riket

Isi Kandungan

Gejala

Gejala penyakit riket ini termasuk:

  • Sakit pada tulang lengan, kaki, pelvis, atau tulang belakang
  • Pembesaran terbantut dan menjadi pendek
  • Tulang mudah untuk patah
  • Kekejangan otot
  • Gigi tidak sempurna, seperti:
    • Pembentukan gigi tertangguh
    • Enamel berlubang
    • Kecacatan pada struktur gigi atas dan bawah
    • Peningkatan jumlah rongga pada gigi
  • Rangka tulang yang terbantut seperti:
    • Tengkorak terbentuk lain bukan seperti normal
    • Perut buncit
    • Lebam pada tulang rusuk
    • Tulang dada yang menonjol
    • Tulang belakang yang melengkung
    • Kecacatan pelvis

Rawatan Riket

Rawatan untuk penyakit ini berfokus kepada penggantian vitamin atau mineral yang hilang dalam badan pesakit. Ini akan menghilangkan sebahagian besar gejala yang berkaitan. Sekiranya anak anda kekurangan vitamin D, doktor anda akan meminta mereka mendapat pendedahan kepada cahaya matahari secara berkala. Selain itu doktor juga boleh mendorong pesakit untuk mencukupi pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin D (Ikan, hati, susu, dan telur.)

Supplement kalsium dan vitamin D juga boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Doktor anda akan syorkan dos yang betul, kerana dos boleh berbeza mengikut usia anak anda. Terlalu banyak vitamin D atau kalsium boleh membawa penyakit lain timbul dalam badan anak anda.

Sekiranya terdapat kecacatan pada rangka tulang, anak anda mungkin memerlukan pendakap untuk meletakkan tulang mereka dengan betul semasa tumbuh. Dalam kes yang teruk, anak anda mungkin memerlukan pembedahan pembetulan.

Pencegahan

Cara terbaik untuk mencegah penyakit riket ini adalah dengan makan makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, dan vitamin D. Pesakit yang mengalami gangguan ginjal perlu dipantau tahap kalsium dan fosfat mereka secara berkala oleh doktor mereka. Selain itu, anda juga dapat mencegahnya dengan pendedahan cahaya matahari yang sederhana. Anda hanya perlu mendedahkan tangan dan wajah anda kepada cahaya matahari beberapa kali sahaja dalam seminggu.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Riket – Gejala, Rawatan dan Pencegahan ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info – info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel yang menarik: Penyakit Leukimia, Penyakit Gastrik, Penyakit Hernia, Penyakit Zika, Penyakit Sista

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More