Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERCUMA !! Universiti Havard Tawar 63 Kursus Online

Universiti Havard Tawar 63 Kursus Online Percuma Khas Buat Mereka Yang Bosan Duduk Rumah

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan, pelbagai sesi pembelajaran dilakukan secara atas talian. Selain dari pembelajaran atas talian juga TV Pendidikan sudah mula bersiaran. Semua ini atas usaha pihak kerajaan yang masih mementingkan pendidikan anak-anak dalam tempoh PKP ini.

Bagaimana dengan anda? Sekiranya anda sudah merasa bosan duduk rumah, apa kata anda tambahkan pengetahuan anda dengan pelbagai ilmu baru. Macamana caranya? Ini adalah berita baik untuk anda sepanjang tempoh PKP ini.

Universiti Havard kini sedang menawarkan 63 kurus online baru yang anda boleh ambil secara percuma.

Kelas-kelas percuma itu meliputi bidang yang luas termasuk Kesihatan dan Perubatan, Programming, Perniagaan, Ilmu Kemanusiaan dan Seni Rekaan. Bergantung kepada kursus, setiap kelas online akan mengambil masa antara satu hingga 12 minggu. Anda juga boleh memilih tahap kesukaran kursus bergantung kepada kehendak yang anda mahu.

Universiti Havard
Universiti Havard

Antara kursus yang anda boleh cuba adalah PredictioX, dimana anda akan mempelajari tentang apa yang disifatkan Havard sebagai sistem ramalan pra-saintifik seperti pembakaran tulang Cina dan peramal mitologi Yunani ‘Oracle of Delphi’.

Namun sekiranya anda tidak berminat dengan kelas percuma yang dtawarkan, Havard turut menawarkan kursus online berbayar pada harga tertentu sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.

Selepas mengikuti mana-mana kursus yang anda pilih nanti bolehlah update dalam resume anda tentang kemahiran-kemahiran baru yang anda belajar ni!

Selamat berkursus ya semua!!

Sumber Universiti Havard: era.je

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More