Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Di Masjid : Perlis Belum Ada Keputusan Bagi Kebenaran

Perlis Belum Ada Keputusan Membenarkan program di masjid Pada Bulan Ramadan

KANGAR: Perlis belum menetapkan sebarang keputusan berhubung kebenaran mengadakan program dan majlis berbuka puasa di masjid atau surau sepanjang tempoh Ramadan tahun ini.

program

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, serta Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais, berkata pihaknya perlu membincangkan perkara itu dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beliau menjelaskan, sebarang keputusan kemudian perlu dipersembahkan kepada Yang Dipertua MAIPs yang juga Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, sebelum dapat diumum dan dilaksanakan di seluruh negeri ini.

“Buat masa ini, belum ada prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan khusus untuk majlis berbuka puasa di masjid atau surau.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: MAIDAM Belum Ada Keputusan Bagi Berbuka Puasa di Masjid

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More