Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Akademi Laut Malaysia Bagi Lepasan SPM 2021

Permohonan bagi Akademi Laut Malaysia (ALAM) telah dibuka bagi tahun ini. Lepasan SPM mempunyai kesempatan untuk menjadi kadet sebelum menceburi bidang seorang pelaut yang profesional.

Jadi para lepasan SPM jangan lepaskan peluang emas ini. ALAM merupakan salah satu akademi latihan maritim terkemuka di Asia dan anda mempunyai masa depan yang cerah sejurus dengan komitmen anda dalam bidang ini.

Isi Kandungan

Tawaran Bidang Pengajian Akademi Laut Malaysia

Terdapat dua bidang pengajian yang boleh dibuat permohonan:

Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

  1. SPM dengan sekurang – kurangnya (minima) C atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
  2. Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi / Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia 18 tahun hingga 25 tahun
  4. Sihat dari segi mental, dan fizikal secara medikal
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5 – 24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5 – 24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Penggunaan cermin mata/ kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

Baca Juga: 4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

  1. SPM dengan sekurang – kurangnya (minima) C atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, dan Matematik Tambahan.
  2. Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi / Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  3. Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia 18 tahun hingga 25 tahun
  4. Sihat dari segi mental, dan fizikal secara medikal
  5. Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5 – 24.9)
  6. Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5 – 24.9)
  7. Tidak rabun warna
  8. Penggunaan cermin mata/ kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

Permohonan Akademi Laut Malaysia Bagi Lepasan SPM 2021

Cara Membuat Permohonan Akademi Laut Malaysia

Anda boleh menggunakan pautan docs.google  ini untuk memohon, dan terus hantar permohonan menerusi docs.google tersebut.

atau anda boleh sahaja emel menerusi [email protected]

atau WhatsApp sahaja kepada nombor berikut:

Semakan Kelulusan / Keputusan Pengambilan Kadet ALAM

Kelulusan akan diumumkan pada akhir Jun / Julai. Untuk membuat semakan, anda boleh juga membuat panggilan / WhatsApp di nombor berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci, anda boleh layari www.alam.edu.my atau Facebook Akademi Laut Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More