Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah bakal dibuka tidak lama lagi. Skim bantuan awal yang diberi nama Derma Siswa Awal IPT Dalam dan Luar Negara oleh Lembaga Zakat Kedah ini adalah untuk kemasukan pengajian IPT tahun 2021.

Di sini dikongsikan sedikit maklumat mengenai bantuan awal IPT oleh Lembaga Zakat Kedah ini, yang mampu membantu pelajar yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda di IPT dalam atau luar negara.

Skim Bantuan Awal IPT Dalam dan Luar Negara Oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi Kemasukan pengajian Tahun 2021 akan dibuka bermula 15 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Isi Kandungan

Isi Kandungan

  • Derma Siswa Awal IPT Oleh Lembaga Zakat Kedah
  • Syarat-syarat Kelayakan
  • Cara-cara Permohonan
  • Dokumen-dokumen Diperlukan
  • Semakan Permohonan

 

 

Derma Siswa Awal IPT Oleh Lembaga Zakat Kedah

 

Derma Siswa Awal IPT adalah merupakan bantuan secara one-off yang ditawarkan kepada pemohon dari kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Bantuan ini tidak ditawarkan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mana-mana pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Bantuan awal ini adalah letaknya di bawah asnaf Fisabilillah di mana sumber kewangan adalah hasil kutipan zakat negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.

 

Syarat-syarat Kelayakan

 

Syarat-syarat kelayakan bagi Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 oleh Lembaga Zakat Kedah adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mesti beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran, sekurang-kurangnya tiga (3) bulan  pengajian.
  5. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas di mana pelajar memasuki IPT di bawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  6. Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  7. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak untuk memohon bantuan awal IPTA ini.
  8. Borang permohonan yang lengkap diisi pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

 

Cara-Cara Permohonan

 

Permohonan boleh dibuat bermula 15 Februari 2021 sahaja. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan bantuan awal IPT 2021 oleh Lembaga Zakat Kedah:

  1. Layari laman web rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah atau terus ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/
  2. Klik ‘Aplikasi Dalam Talian’ dan pilih tab ‘Bantuan Awal IPT’
  3. Bagi pemohon baru, sila tekan butang PERMOHONAN BARU.
  4. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.
  5. Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah 1

Dokumen-Dokumen Diperlukan

 

Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan bersama permohonan dan HENDAKLAH DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/Penolong Amil bagi kariah masjid:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Pelajar)
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/Penjaga
  3. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  4. Salinan Slip Bank/Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun Pendaftaran Masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  5. Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar).

 

Semakan Permohonan

 

Semakan permohonan boleh dibuat setelah permohonan dihantar, dengan melayari pautan ini http://ipt.zakatkedah.com.my/  dan masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan sebelum menekan butang SEMAK.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah boleh berhubung terus dengan Lembaga Zakat Kedah.

 

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah.
Tel : 04-7331740
Faks : 04-7316280
Aduan/Cadangan : [email protected]

 

Artikel Berkaitan:

BANTUAN KEWANGAN DIPERLUKAN UNTUK PELAJAR PINTAR KE KGI, USIM

Bantuan Persekolahan RM400 MAIWP 2021 | Tutup 30 April 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More