Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS) sesi 2021/2022 kini dibuka! Adik-adik yang bakal memasuki institut pengajian tinggi bolehlah mula membuat permohonan sekarang. Selain daripada bantuan pengajian ini, para belia juga dapat menerima manfaat dari Bantuan E-Dompet RM150.

Antara bantuan yang ditawarkan :

  • Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan Memasuki IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP)
  • Wang saku, penginapan dan elaun buku

BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI

Isi Kandungan

APAKAH BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)?

Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Lembaga Zakat Selangor ini diwujudkan bagi memberi kemudahan serta membantu pelajar asnaf Fakir, Miskin dan muallaf yang berdaftar dibawah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Bantuan ini adalah untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat tertinggi. Untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi dan Bantuan Persediaan Memasuki IPT, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor.

Permohonan secara atas talian ini memudahkan lagi urusan berbanding sebelum ini yang memerlukan urusan dibuat secara manual di kaunter LZS. Melalui portal pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan di mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar.

Ia sejajar dengan perkembangan agihan zakat di LZS yang kini menuju ke era digitalisasi.

ANTARA OBJEKTIF PORTAL BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI LZS :

  • Memberikan kemudahan dan akses secara atas talian kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT secara atas talian melalui Portal Pendidikan.
  • Pemohon dapat menyemak status bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa melalui Portal Pendidikan.
  • Maklumat dan syarat berkaitan bantuan yang dipohon akan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.

APAKAH SYARAT PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)?

  1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
  3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)?

  1. Layari Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (MAIS);
  2. Daftar dan lengkapkan maklumat yang diperlukan;
  3. Muatnaik dokumen-dokumen lampiran;
  4. Hantar permohonan;
  5. Semak keputusan selepas 6 hari bekerja;
  6. Terima tawaran penajaan;
  7. Cetak surat dan daftar di pusat pengajian sebagai pelajar tajaan LZS;

BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI

 

BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI

MAKLUMAT LANJUT :

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Diharapkan semoga bantuan pendidikan ini dapat memberi manfaat serta memberi galakkan kepada generasi muda yang bakal memasuki gerbang menara gading. Anda layak? Mohon ONLINE sekarang!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More