Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pulau Pinang

Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021

Permohonan bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 15 April 2021 jam 11.59 malam. Anak-anak Pulau Pinang yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat dialu – alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

permohonan

Untuk makluman, Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai E-Minhah diwujudkan oleh Zakat Pulau Pinang yang bernaung di bawah MAINPP. Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang diberikan bagi membantu para pelajar yang sedang menyambung pengajian mereka.

Peringkat Pengajian

Pelajar yang layak untuk membuat permohonan adalah hanya pada peringkat pengajian yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

Syarat Permohonan

Antara syarat – syarat permohonan yang dikenakan kepada pelajar seperti berikut:

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
  • Pemohon tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.

Cara Memohon

Pelajar yang berminat boleh memohonan menerusi cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://zakatpenang2u.com/.
  2. Tekan bahagian ‘Bantuan Zakat.’
  3. Tekan bahagian ‘Permohonan Bantuan.’
  4. Kemudian, tekan bahagian ‘Dermasiswa Pengajian.’
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul
  6. Tekan butang ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan borang permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Dermasiswa Pengajian, Zakat Pulau Pinang, MAINPP:

Artikel lain: Saman Diskaun 50%

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More