Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Kewangan B40 mySalam Yang Masuk Hospital Disebabkan Covid19

Permohonan Bantuan Kewangan B40 ini  adalah satu bantuk bantuan bagi golongan B40 yang menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal ataupun dimasukkan ke wad. Jika didiagnos menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal tersebut, pesakit akan dibayar RM 8000 dan jika dimasukkan ke hospital pula, pesakit akan dibayar RM 50 sehari maksimun 14 hari.

Bantuan ini adalah adalah salah sati inisiatif kerajaan dibawah skim mySalam untuk memberi perlindungan kepada rakyat khususnya golongan B40 terutama semasa dimasukkan ke hospital atau menghidapi penyakit kritikal.

Kelayakan Permohonan Bantuan Kewangan mySalam

Hanya penerima Bantuan Sara Hidup sahaja yang layak untuk mendapat bantuan kewangan ini. Berikut adalah antara kriteria penerima BSH:

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  1. Individu dan pasangan yang berumur antara 18 hingga 65 tahun
  2. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan berumur antara 40 hingga 65 tahun.
  3. Individu OKU berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan berumur antara 18 hingga 65 tahun dan.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  1. Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Cara membuat semakan kelayakan mySalam.

Dibawah merupakan langkah – langkah yang disediakan bagi memudahkan anda untuk menyemak:

  • Layari laman sesawang rasmi MySalam melalui pautan dibawah www.mysalam.com.my
  • Masukkan kad pengenalan tanpa(-)
  • Tekan semak
  • Kenyataan akan keluar dibawah menyatakan LAYAK atau TIDAK LAYAK

Jika LAYAK, anda mempunyai 2 cara untuk tuntut bantuan kewangan.

Cara membuat permohonan tuntutan mySalam

  • Permohan tuntutan boleh dibuat untuk beberapa kategori seperti dibawah:
  1. Tuntutan penyakit kritikal
  2. Tuntutan hospitalisasi
  3. Tuntutan mySalam Covid 19
  • Untuk tuntutan pertama dan kedua, anda boleh melihat cara membuat tuntutan di Cara membuat tuntutan mySalam
  • bagi tuntutan yang ketiga iaitu Tuntutan mySalam Covid-19, anda boleh rujuk cara membuat tuntutan dibawah:

Tuntutan mySalam Covid 19

  • Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dan log masuk
  • Daftar dahulu MySalam jika belum. Tekan Log Masuk dan ikut langkah yg diarahkan.
  • Jika sudah berdaftar, letakkan no. telefon anda dan kata kunci anda.
  • Tekan KEMASKINI PROFILE.
  • Klik pada butan ‘Tuntutan’ diikuti oleh penyerahan tuntutan
  • Klik tuntutan hospitalisasi bagi:
  • pesakit positif covid 19
  • Disyaki covid 19 & ditahan dipusat kuarantin kkm
  • Disyaki covid 19 & diarahkan kuarantin dirumah sendiri
  • Isikan butiran
  1. Tarikh masuk wad atau mula kuarantin
  2. Tarikh keluar wad atau tamat kuarantin
  3. Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  • Muat turun dokumen
  1. KP depan dan belakang
  2. Nota discaj (Untuk yang wad sahaja)
  3. Surat perintah kuarantin KKM
  4. Dan klik lampiran
  • Klik hantar dan klik saya setuju dan permohonan akan diproses
  • Status berkaitan covid akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai kami
  • Klik “Status tuntutan” untuk menyemak tuntutan anda

 

Permohonan Bantuan Kewangan B40

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menginginkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian dibawah:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More