Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 MAINS

Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan bulanan serta terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan bantuan iaitu Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0.

Permohonan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 MAINS

Isi Kandungan

Syarat Permohonan Bantuan Zakat

Bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah beragama Islam.
  3. Permohon bermastautin di Negeri Sembilan.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Zakat

Untuk membuat permohonan bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan iaitu https://bit.ly/3p5UjBV.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan pasangan (sekiranya berkahwin).
  3. Penyata akaun bank pemohon.

Soalan Lazim

Apakah tujuan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 ini diberikan?

Tujuan bantuan zakat ini diberikan adalah untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara.

Jika saya bermastutin di negeri Pahang, adakah saya boleh memohon bantuan zakat ini?

Tidak. Hanya mereka yang bermastautin di Negeri Sembilan sahaja layak untuk memohon bantuan zakat ini.

Saya tidak mempunyai akaun bank. Adakah saya masih boleh memohon bantuan zakat ini?

Ya namun pemohon perlu mempunyai akaun bank terlebih dahulu bagi memastikan penyaluran bantuan zakat ini dapat dilakukan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, sila hubungi pihak MAINS di talian 06-7620642.

Permohonan Lain:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More