Sumber Rujukan Globalisasi Anda

[UBES 3.0] PERMOHONAN PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA

Permohonan Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) kini dibuka untuk permohonan. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) kini menawarkan sebuah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) untuk semua belia / beliawanis yang berminat.

Selain itu, mereka yang berminat dengan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekaligus menjana pendapatan tambahan boleh memohon Selangor Freelance : Peluang Jana Pendapatan Serta Insentif RM400.

PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA

Isi Kandungan

APAKAH PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA (UBES 3.0)?

UBES 3.0 merupakan salah satu inisiatif oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) untuk membantu memajukan usahawan muda.

SIAPAKAH YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU)?

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ditubuhkan pada 31 Mac 1994 di bawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai Syarikat Jaminan Terhad (‘LIMITED BY GUARANEE’).

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah mula beroperasi pada 1 Julai 1994 di Wisma Darul Iman sebagai Agensi Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu yang mengkhususkan kepada usaha untuk Mewujud dan Menyelaras Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu.

program usahawan belia sejahtera

APAKAH OBJEKTIF PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA (UBES 3.0)?

Objektif utama program ini adalah :

  • Untuk membantu belia dan beliawanis lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA / IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.

APAKAH KEISTIMEWAAN PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA (UBES 3.0)?

Antara keistimewaan program UBES 3.0 adalah :

  • Latihan dan bimbingan
  • Geran peralatan sehingga RM5000
  • Geran pembangunan perniagaan sehingga RM2000
  • Coacing dan pemantauan perniagaan

APAKAH SYARAT KELAYAKAN UBES 3.0?

Antara syarat-syarat kelayakan UBES 3.0 :

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 – 35 tahun.
  2. Bumiputera dan beragama islam.
  3. Rakyat Terengganu terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (Perantau).
  4. Tahap pendidikan minima SPM.
  5. Lengkap 2 dos vaksin.
  6. Berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
  7. Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA?

Untuk membuat permohonan, anda perlulah mengisi maklumat diri di google form di bawah :

BILAKAH TARIKH TUTUP PERMOHONAN?

Permohonan akan ditutup pada :

  • 16 Januari 2022 (Ahad, jam 12 tengah malam).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan UBES 3.0 sila hubungi :

Semoga anak-anak muda boleh memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya bagi menimba ilmu keusahawanan demi membina masa depan yang lebih cerah.  Anak-anak muda juga berpeluang untuk menceburi dunia perniagaan dan mengembangkan perniagaan sedia ada.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More