Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Hong Leong Bank

Permohonan bagi biasiswa Hong Leong Foundation telah dibuka bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda. Biasiswa Hong Leong ditawarkan hampir setiap tahun dan panggilan untuk permohonan sentiasa bermula pada 1 April dan berakhir pada 31 Mei setiap tahun. Jangan lepaskan peluang anda!

Biasiswa ini diberikan kepada mereka yang mengikuti Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Sarjana Muda. Hanya  untuk pemohon yang mengikuti kursus buat pertama kali dalam SETIAP kursus atau bidang pengajian secara sepenuh masa di universiti dan kolej awam dan swasta di Malaysia.

permohonan

Isi Kandungan

Peringkat Pengajian Untuk Permohonan Biasiswa Hong Leong Foundation

Penerima biasiswa terpilih akan menerima:

Kursus sarjana di Universiti Awam
RM 8,500 / = p.a.
Kursus Diploma / Diploma Lanjutan di Universiti Awam & Swasta tempatan
RM 6,000 / = p.a.
Pengajian sarjana di Universiti Swasta Tempatan
sehingga RM24,000 / = p.a.
Kursus perubatan / pergigian di Universiti Swasta tempatan
sehingga RM32,000 / = p.a.

Biasiswa Sarjana HLF adalah biasiswa tanpa ikatan.

Maklumat Lanjut

Anda boleh hubungi Hong Leong Foundation Seketariat pada nombor telefon 03 2020 1617

Artikel lain: Dana Niaga Melaka, Biasiswa Sarawak Energy

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More