Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Disini kami kongsikan cara membuat permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ 2021.

Tawaran JPA bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021 kini dibuka untuk permohonan.

Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama di bawah program Khas Jepun Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Baca Juga: Cara Muat Turun Slip Keputusan Rasmi SPM (Mulai 14 Jun 2021)

STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS JKPJ

Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Syarat Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019;
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;
  4. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;
  5. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  6. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANG / NEGARA PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN SYARAT/ GRED MINIMUM
1) Kejuruteraan
Jepun
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 001
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.
Dan
Mendapat
 sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
2) Kejuruteraan
Korea
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 002
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
3) Sains dan Teknologi
Korea
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 003
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
4) Kejuruteraan
Perancis
INTEC Education College/Uni-MFI
Kod Program: JKPJ 004
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
5) Sains Sosial
Perancis
Uni-MFI
Kod Program: JKPJ 005
Mendapatsekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan; dan
d) Dua (2) mata pelajaran yang lain.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
6) Kejuruteraan
Jerman
INTEC Education College/ Sunway Universiti / GMI
Kod Program: JKPJ 006
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;
7) Sains dan Teknologi
Jerman
INTEC Education College
Kod Program: JKPJ 007
Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik; dan
e) Kimia.DanMendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris; dan
b) Sejarah;

 

Tekan disini untuk lihat IKLAN JKPJ 2021

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa JPA dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama 14 hari bermula 10 Jun 2021 (Khamis) hingga 23 Jun 2021 (Rabu). Permohonan ditutup pada 23 Jun 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PAUTAN KHAS Permohonan Program Khas JKPJ: http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00 – 11.00 pagi dan 2.30 – 3.30 petang di pautan meet.google.com/axz-ojpu-fwe. Pautan ini hanya aktif mulai 11 sehingga 23 Jun 2021 pada setiap hari bekerja.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan pada 5 hingga 9 Julai 2021 secara dalam talian.

SAC dijadualkan pada 6 April 2020 hingga 10 April 2020 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon;

  • Zon Tengah (Bangi)
  • Zon Selatan 1 (Melaka)
  • Zon Selatan 2 (Johor Bahru),
  • Zon Utara 1 (Jitra),
  • Zon Utara 2 (Pulau Pinang),
  • Zon Timur 1 (Kuantan),
  • Zon Timur 2 (Kota Bharu),
  • Zon Sabah (Kota Kinabalu)
  • Zon Sarawak 1 (Kuching)
  • Zon Sarawak 2 (Miri).

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Jun 2021 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More