Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka bagi para pelajar yang telah mendapat tempat dan sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi.
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Isi Kandungan
Bidang dan Peringkat Pengajian
- Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Aktuari Sains
- Juru Ukur
- Kejuruteraan
- kesihatan dan Perusahaan Ternak
- Maritim
- Pengurusan Hartanah
- Perakaunan
- Perikanan
- Pertanian
- Sains Tulen
- Seni Bina (Architecture)
- Teknologi Maklumat
- Ukur Bahan
- Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Aktuari Sains
- Ekonomi
- Farmasi
- Kejuruteraan
- Kesihatan dan Perusahan Ternak
- Keusahawanan
- Pengurusan Hartanah
- Perakaunan
- Pergigian
- Perhutanan
- Perikanan
- Pertanian
- Juru Ukur
- Perindustrian
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Perubatan
- Perubatan Veterinar
- Sains Alam Sekitar
- Sains Komputer
- Seni Bina (Architecture)
- Seni Kreatif
- Ukur Bahan
- Undang – undang
- Pengajian Islam
- Pengurusan Ladang
- Pendidikan
- Matematik
- Pengajian Islam
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Bidang pengajian yang dianggap ‘Kritikal’ dan ‘Selektif’ bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.
Kelayakan Pemohon
-
Had Umur
- Bagi diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
- Bagi Ijazah Sarjana Muda, pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
- Bagi Ijazah, pemohon hendaklah tidak melebihi 30 tahun
-
Kelayakan Akademik (sedang mengikuti / dalam pengajian)
- Kursus diploma, lulus dengan sekurang – kurangnya CGPA 3.5 keputusan semasa
- Kursus ijazah sarjana muda, lulus dengan sekurang – kurangnya CGPA 3.5 dan bidang kursus dianggap kritikal dan juga selektif bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah
- Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi, lulus dengan sekurang – kurangnya 3.8 keputusan semasa
Cara Memohon
Permohonan hendaklah melalui sistem online dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 31 Mac 2021. Pemohon perlu mendaftar e – mel peribadi yang aktif.
Perhatian
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
- Keputusan permohonan disemak melalui online
- Kursus matrikulasi/asasi/foundation tidak ditaja
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2021. Permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Tekan Disini Untuk Permohonan
Artikel lain: Program DesaMall@KPLB