Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA

Disini kami kongsikan cara membuat permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2021.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021.

Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021 merupakan penajaan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

Program ini terdiri daripada empat sub program seperti berikut:

  1. Program Akademik Jepun
    • Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke
      Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan
      Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program
      persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah
      Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti
      program persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti
      Malaya bagi bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi; dan di
      Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial
  2. Program Berkembar New Zealand
    • Program Berkembar New Zealand merupakan program
      kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS)
      dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan
      University of Auckland, Victoria University of Wellington dan
      University of Canterbury. Tempoh pengajian adalah selama dua
      tahun di KYSBS dan dua tahun di New Zealand dalam bidang
      Sains Sosial.
  3. Program Akademik Australia
    • Program Akademik United Kingdom merupakan program
      penajaan ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan, Sains &
      Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi
      mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan
      pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di
      United Kingdom berdasarkan senarai Quacquarelli Symonds
      (QS) dan / atau Times Higher Education (THE) World University
      Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities
      (ARWU).
    • Pelajar akan mengikuti program persediaan di Malay
      College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
      bagi bidang Kejuruteraan; Kolej Teknologi Timur (KTT) dan
      INTEC Education College bagi bidang Sains & Teknologi; serta di
      Kolej MARA Banting (KMB) bagi bidang Sains Sosial
  4. Program Akademik United Kingdom
    • Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program
      penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan,
      Ekonomi serta Sains Komputer (terhad kepada Artificial
      Intelligence, Robotic, Big Data dan Internet of Things (IoT)).
    • Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di
      INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan
      pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di
      Amerika Syarikat berdasarkan QS dan / atau THE World
      University Rankings dan / atau Academic Ranking of World
      Universities (ARWU).
  5. Program Akademik Amerika Syarikat
    • Program Akademik Australia merupakan program penajaan ke
      Australia dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan atau
      Sains Aktuari.
    • Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program
      persediaan selama 12 bulan di INTEC Education College
      sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di
      mana-mana universiti dalam senarai The Group of Eight (Go8)
      (Australia’s leading research-intensive universities)
  6. Program Khas JPA-MARA Dalam Negara
    • Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program
      penajaan yang berfokus kepada niche area / bidang kepakaran di
      Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih.
    • Penajaan adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah
      Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan.

Isi Kandungan

Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARATekan Disini untuk lihat Iklan JPA MARA 2021

Syarat Permohonan

Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA
Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARAPermohonan Biasiswa Program Khas JPA MARAPermohonan Biasiswa Program Khas JPA MARAPermohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA 1 MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian;
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Baca Juga: Permohonan Biasiswa JPA Program Khas JKPJ

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 10 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 Jun 2021 sehingga 23 Jun 2021).

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 3.00-4.00 petang (hari bekerja sahaja) di pautan meet.google.com/jch-hhrt-ecy.

STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Program SAC dijadualkan pada 5 hingga 9 Julai 2021 secara dalam talian. Calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Jun 2021 (Rabu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 30 Julai 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More