Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang 2021

Pengenalan

Yayasan Pahang telah membuka permohonan biasiswa untuk para pelajar sekolah menengah terutamanya pelajar tingkatan 1 dan juga tingkatan 4 menerusi Biasiswa Sekolah Menengah (BSM).

Untuk makluman, kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan BSM sejak tahun 1983 untuk kepentingan anak Pahang yang belajar di peringkat sekolah menengah. Bermula tahun 2003 BSM juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Permohonan bagi BSM Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2021.

Kadar Biasiswa

Sebelum tahun 2003, pemohon yang layak akan menerima BSM sebanyak RM500 setahun manakala selepas tahun 2003, kadar BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun.

permohonan

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon BSM perlu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon ialah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di Pahang lebih daripada 10 tahun.
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan yang lain.
  6. Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon adalah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah.
  8. Pemohon adalah murid Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) keluarga pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Pemohon yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula di Tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Cara Memohon

Untuk memohon BSM, anda boleh mengikuti langkah – langkah yang telah disediakan di bawah:

  1. Dapatkan borang permohonan BSM di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap ke sekolah semula.
  4. Borang permohonan yang diterima oleh pihak sekolah tidak perlu dihantar kepada Yayasan Pahang.
  5. Sebaliknya pihak sekolah perlu membuat permohonan secara atas talian di http://eyayasan2.yp.org.my/bsmyp/jpnp/.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.

Artikel lain:  Program Diploma Lepasan Ijazah, Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP, Pendaftaran ePraSekolah, Pendaftaran Murid Tahun 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More