Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang 2021

Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang telah dibuka. Biasiswa ini diwujudkan sebagai satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian mereka di IPT.

Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh KPT dan juga Majlis Sukan Negara (MSN).

Tarikh Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang

Pemohonan biasiswa ini dibuka mulai 25 Mei 2021 hingga 8 Jun 2021 secara atas talian.

Elaun & Kemudahan Ditawarkan

Terdapat tiga jenis elaun yang ditawarkan merangkumi yuran pengajian, elaun Insentif Pencapaian Sukan, dan elain lain-lain.

Bagi yuran pengajian, yuran pengajian pelajar akan dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT tersebut. Elaun Insentif Pencapaian Sukan pula, bayaran elaun yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kategori Jumlah Elaun
Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) RM12,000 setahun/RM6,000 satu semester
Kategori 2 (Atlet Senior/Junior Antarabangsa) RM6,000 setahun/RM3,000 satu semester
Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) RM3,000 setahun/RM1,500 satu semester

Elaun lain-lain pula adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti:

  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Elaun perkakas
  • Elaun tesis
  • Elaun latihan amali/kertas projek

Selain ketiga-tiga jenis elaun ini, kemudahan yang bakal dinikmati pelajar yang menerima biasiswa ini adalah perlindungan insuran sukan.

Syarat Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang

Pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:
    • 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/ Dr. Falsafah.
    • 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama.
    • 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma.
  • Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
  • Pelajar tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.
  • Pelajar mestilah telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
  • Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka perlu:
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara (perlu lampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara) pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
    • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.
  • Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau pingat emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Bagi penawaran tahun ini, atlet yang mewakili Negeri ke kejohanan kebangsaan atau SUKMA 2022 adalah layak untuk mengemukakan permohonan.

Cara Membuat Permohonan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php.
  2. Klik bahagian ‘Pengguna Baru.’
  3. Isikan makluman dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  6. Muat naik Surat Tawaran Pengajian atau surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negeri/MSN (sekiranya ada).
  7. Setelah selesai, hantar permohonnan tersebut.
  8. Cetak salinan permohonan tersebut.

Bagi pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga, mereka diwajibkan membawa bersama 1 salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2021 ini, sila hubungi:

Lain – lain permohonan:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More