Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN ERUMAH JOHOR – PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

eRumah Johor adalah sebuah portal yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri Johor khas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah agar dapat memiliki rumah sendiri.

Tambahan lagi, terdapat pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang memastikan rakyat negeri Johor berpeluang untuk membeli rumah pada harga yang berpatutan.

Anda juga boleh memohon Rumah Kasih Keluarga Malaysia -Bantuan Baik Pulih dan Bina Rumah Terkesan Banjir sekiranya anda terlibat dengan banjir baru-baru ini.

ERUMAH JOHOR

Isi Kandungan

APAKAH PROGRAM ERUMAH JOHOR?

eRumah Johor adalah sistem permohonan perumahan negeri secara atas talian yang menawarkan Rumah Mampu Milik Johor / Rumah Mampu Biaya Johor yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).

Tujuannya adalah bagi meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing.

APAKAH KATEGORI RUMAH YANG DITAWARKAN?

Secara umumnya rumah-rumah yang ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan adalah :

  • Kediaman 3 bilik tidur;
  • Dilengkapi 2 bilik air;
  • Berkonsep mesra keluarga dan selesa;
  • Dijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat.

Bergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui 3 jenis perumahan berikut:

1) RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

Terdapat 5 jenis Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon melalui eRumah Johor. Syarat kelayakan bagi Rumah Mampu Biaya ini mestilah tidak melebihi had pendapatan seisi rumah bagi kategori:

  1. Rumah Mampu Biaya A – RM4,000
  2. Rumah Mampu Biaya B – RM6,000
  3. Rumah Mampu Biaya C – RM8,000
  4. Rumah Mampu Biaya D – RM10,000
  5. Kedai Kos Sederhana (KKS) – RM13,000

ERUMAH JOHOR

Manakala syarat-syarat yang lain adalah:

  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas;
  • Menetap selama 10 tahun di Johor;
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami / isteri;
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B);
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor;
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon;
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D;
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran.

2) LOT BUMIPUTERA

Syarat-syarat kelayakan adalah :

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas;
  • Berkahwin / bujang boleh memohon;
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera;
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon.

erumah johor

3) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

Melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) terdapat beberapa subkategori seperti :

  • Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan.
  • Rumah Transit Beliau Johor.
  • Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan (Kedai).

ERUMAH JOHOR

Konsep permohonan Program Perumahan Rakyat Johor ialah permohonan mengikut projek. Permohonan boleh dibuat dalam tempoh projek diiklankan sahaja dan tidak akan diterima selepas tarikh tutup pengiklanan.

Jika tidak berminat dengan projek yang diiklankan, pemohon perlu menunggu projek lain sehingga projek tersebut dibuka untuk pengiklanan.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN ERUMAH JOHOR?

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor boleh dibuat secara online menerusi portal eRumah Johor:

  1. Layari laman web rasmi eRumah Johor.
  2. Daftar akaun pengguna (Individu) terlebih dahulu.
  3. Lengkapkan semua maklumat pemohon.
  4. Login semula dan kemaskini maklumat.
  5. Pilih projek perumahan yang diinginkan.
  6. Hantar permohonan.

BAGAIMANAKAHA CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN?

Untuk mengetahui sama ada permohonan berjaya atau tidak, pemohon boleh menyemak permohonan melalui dua cara seperti berikut:

  1. Semak di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor dengan memasukkan no Kad Pengenalan pemohon.
  2. Log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’.

BANTUAN BAUCER RM1000 KEPADA PEMBELI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Setiap pembeli yang membeli rumah mampu milik terpaksa mengeluarkan anggaran kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti kos Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1000 kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.

Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.

Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

erumah johor

Anatara syarat kelayakan Baucer RM1,000 adalah seperti berikut:

  • Pembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.
  • Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015.
  • Baucer ini hanya layak diberi SEKALI sahaja oleh pembeli dan pasangannya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:

ERUMAH JOHOR

Akhir kata, semoga dengan program perumahan mampu milik ini lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan dapat memiliki rumah sendiri pada harga yang berpatutan. Sebarkan untuk manfaat bersama.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More