Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat

Insentif Pembukaan Akaun Syarikat Bantuan Tunai RM200

Kini anda boleh membuat permohonan insentif terbaharu daripada Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) iaitu Insentif Pembukaan Akaun Syarikat.

Menerusi insentif ini, usahawan akan menerima bantuan tunai one-off daripada Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM200 yang akan dikreditkan kepada akaun syarikat atau akaun semasa pemohon sekiranya permohonan berjaya

permohonan

Untuk makluman, Insentif Pembukaan Akaun Syarikat ini adalah program jalinan kerjasama bersama institusi perbankan iaitu:

  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • RHB Bank

Pemohon yang berminat untuk memohon secara dalam talian boleh berbuat sedemikian pada 10 Mac 2021 iaitu hari Rabu jam 8.00 malam.

Manfaat Insentif

Selain bantuan tunai one-off sebanyak RM200, insentif ini menawarkan kemudahan pembukaan akaun syarikat atau semasa yang lebih mudah kepada usahawan iaitu mereka tidak memerlukan introducer atau orang yang memperkenalkan untuk membuka akaun terbabit.

Malah, nilai deposit yang akan dikenakan bagi pembukaan akaun syarikat atau semasa adalah minima dan tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat perlu memenusi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia dan penduduk tetap Negeri Johor atau telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan dan beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  4. Insentif ini terbuka kepada syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta keutamaan diberikan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro.
  5. Pemohon hanya layak untuk memohon sekali sahaja dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat atau semasa.

Cara Memohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut https://tiny.cc/ipas2021.
  2. Isi maklumat yang diberikan merangkumi maklumat pemohon, pasangan, syarikat dan lain-lain lagi
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Untuk paparan terakhir permohonan, klik butang ‘Sumbit’ untuk menghantar.

Proses Aliran Insentif Pembukaan Akaun Syarikat

Proses aliran bagi Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah seperti berikut:

  • Proses Pertama:
    • Permohonan Insentif Pembukaan AKaun Syarikat
  • Proses Kedua
    • Saringan Permohonan
  • Proses Ketiga
    • Semakan Kelayakan Permohonan oleh Bank Pilihan Pemohon
  • Proses Keempat
    • Surat Sokongan Dikeluarkan Oleh PUJB kepada Pemohon yang Berjaya
  • Proses Kelima
    • Pemohon akan disalurkan ke cawangan bank berhampiran bagi proses pembukaan akaun syarikat
  • Proses Keenam
    • Serahan dokumen sebagai bukti pembukaan akaun
  • Proses Ketujuh
    • Insentif RM200 dikreditkan ke dalam syarikat yang baharu

Sekiranya gagal dalam salah satu daripada proses tersebut, pemakluman akan dilakukan kepada pihak pemohon melalui email.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Insentif Pembukaan Akaun Syarikat, sila hubungi Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan PUJB

di talian 07-510 2542

atau;

menerusi email [email protected]

Artikel lain: PEMERKASA, Dermasiswa Zakat Kedah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More