Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kursus Insentif Perkembangan Kanak – Kanak (KIPK)

Isi Kandungan

Pengenalan

Kaum Wanita boleh membuat permohonana kepada Program Kursus Insentif Perkembangan Kanak – Kanak (KIPK). Program KIPK ini merupakan kursus asas bidang pengasuhan dan penjagaan kanak – kanak yang telah dilaksanakan sejak 2013 yang lalu.

Seperti iklan yang dinyatakan dibawah ini, Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS) mempelawa kaum wanita yang berkelayakan untuk menyertai Kursus Insentif Perkembangan Kanak – Kanak (KIPK). Kursus ini diadakan oleh kerana kebanyakan pengasuh taska tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengasuhan dan penjagaan kanak – kanak.

permohonan

Permohonan akan dibuka bermula pada 10 hingga 18 Mac 2021.

Pemberian Geran

Para pemohon akan menerima geran berjumlah RM2,000 selepas berbuat demikian:

  • Hadir kursus dari awal hingga tamat program.
  • Tersenarai dalam 25 orang peserta yang menerima penilaian markah paling tinggi di antaran semua peserta yang hadir program KIPK pada tahun 2021.
  • Setiap pemohon yang berjaya hanya layak untuk hadir satu (1) kursus sahaja.
  • Bentuk geran akan diberikan secara tunai atau barangan keperluan untuk asuhan (tertakluk pada peringkat pengurusan KIPK).
  • Jangkaan serahan geran akan dibuat sekitar bulan Oktober hingga Disember 2021.
  • Penilaian keseluruhan akan dibuat selepas kursus KIPK yang terakhir dijalankan iaitu di kawasan daerah Kuala Langat.

Peserta yang tidak hadir penuh dalam semua program yang telah ditetapkan tidak akan mendapat manfaat program KIPK malah berkemungkinan tiada peluang lagi untuk mohon program seterusnya.

permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan mengikut kawasan daerah yang mereka tinggal atau ingini dan perlu tertakluk kepada tempoh permohonan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas 

Maklumat KIPK

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan kursus yang peserta perlu tahu:

  • Semua peserta wajib hadir dan terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
  • Kos pengangkutan tidak disediakan
  • Tempat penginapan akan disediakn untuk peserta kursus sahaja
  • Sekiranya peserta tidak dapat bermalam di tempat penginapan yang disediakan, hendaklah maklum pada urusetia seawal 3 hari sebelum program bermula bagi mengelakkan pembaziran.
  • Kursus akan dijalankan selama 2 hari 1 malam dan hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.
  • Peserta tidak dibenarkan membawa anak – anak.
  • Tempat penginapan akan menempatkan 2 peserta bagi 1 bilik sahaja. (Susunan akan dibuat oleh pihak urusetia)
  • 1 Group Whatsapp akan diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat berkaitan dengan program.
  • Keselamatan diri dan barang – barang adalah di bawah tanggungjawab peserta. YAWAS tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini sekiranya berlaku ke atas peserta sepanjang program berlangsung.

Manfaat KIPK

Peserta kursus akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Terima sijil penyertaan
  • Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh dibawah i – Asuh (sistem yang diwujudkan untuk memudahlan ibubapa untuk mencari pengasuh dikawasan mereka).
  • Kit Kawalan Kendiri bernilai RM200.
  • Berpeluang untuk menerima geran berjumlah RM2,000 (Tertakluk seperti yang dinyatakan diatas).

Kelayakan Permohonan KIPK

Pemohon akan dikira layak untuk memasuki Program Kursus Insentif Perkembangan Kanak – Kanak (KIPK) ini terbuka kepada kaum wanita seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas & sedang menetap di Selangor
  • Sedang menjalankan atau mempunyai keinginan yang serious untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak – kanak di kawasan mereka
  • Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana – mana agensi awam mahupun swasta
  • Merupakan pengundi di Selangor.

Pemohon perlu sediakan dokumen seperti dibawah sebelum membuat permohonan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Borang permohonan yang telah disahkan oleh salah satu daripada jawatan pengesah yang dibenarkan seperti berikut:
    • Ahli Parlimen / Senator
    • ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    • Penghulu / Ketua Kampung
    • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    • Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    • Ketua Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti

Maklumat Lanjut

Penghantaran borang dan dokumen boleh dihantar ke pejabat YAWAS atau emel di [email protected].

Kegagalan menghantar borang dan dokumen yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan permohonan ditolak dengan serta – merta.

Anda boleh layari laman sesawang rasmi YAWAS, kipk.yawas.my

Artikel lain:  Program Diploma Lepasan Ijazah, Semakan Temuduga Graduan Pendidikan,Trend Biasiswa ISMP, Pendaftaran ePraSekolah, Pendaftaran Murid Tahun 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More