Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Atlet UiTM 2021/2022

Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) ingin mempelawa atlet-atlet warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang sukan yang berkaitan untuk menyambung pelajaran di UiTM.

Isi Kandungan

KOD PROGRAM

SR111 : Diploma Pengurusan Sukan
SR113 : Diploma Pengajian Sukan

SR115 : Diploma Pengajian Sukan (5 Tahun)
SR117 : Diploma Pengurusan Sukan (5 Tahun)

SR241 : Sarjana Muda Pengurusan Sukan
SR243 : Sarjana Muda Sains Sukan

Baca Juga: Biasiswa Yayasan Pahang 2021/2022

SYARAT AM UNIVERSITI

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • sekurang-kurangnya mendapat 3 kepujian mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu.
  • Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah sekurang-kurangnya lulus sahaja.

SYARAT PENGLIBATAN SUKAN

Berikut merupakan syarat utama bagi kursus ini:

  1. Sekurang-kurang mewakili negeri ke kejohanan kebangsaan.
  2. Penglibatan sukan secara aktif dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.

Dibawah ini merupakan syarat am bagi setiap kod program:

Diploma

  1. DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI
  2. DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN

Sarjana Muda

  1. SARJANA MUDA PENGURUSAN SUKAN (KEPUJIAN)
  2. SARJANA MUDA SAINS SUKAN (KEPUJIAN)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh klik pautan di bawah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

(DIPLOMA) KEMASUKAN ATLET KE UiTM- LALUAN KHAS ATLET (PUSAT SUKAN)

Untuk melihat iklan yang penuh, anda boleh tekan disini. 

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2021 (Rabu)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini bolehlah merujuk kepada:

Unit Kecemerlangan Sukan
Pusat Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

E-mel : [email protected]

No. Tel : (03) 5543 5604

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More