Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022 Telah Dibuka

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022 pasti memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan yang terbaik. Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka dapat menempatkan diri di salah sebuah MRSM. Bilangan MRSM DI Malaysia dianggarkan  sekitar 60 buah dan hanya yang terpilih dan cemerlang sahaja yang berpotensi menempatkan diri di sini. Sistem pendidikan MRSM sentiasa menarik perhatian ditambah pula yuran yang dikenakan adalah tidak membebankan dan banyak membantu ibu bapa.

Tujuan awal penubuhan MRSM adalah untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan dalam memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Keutamaan diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan namun tidak semestinya yang berkemampuan tidak layak menempatkan diri disini. Pendidikan yang disediakan di MRSM dianggap setaraf dengan sekolah-sekolah kluster mahupun SBP. MRSM juga banyak melahirkan pelajar yang berdikari, matang dalam membuat keputusan. ikuti perkongsian cara mengisi permohonan MRSM 2022 bagi membantu anda.

Isi Kandungan

Panduan Mengisi Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Bagi para ibu bapa yang ingin mengisi kemasukan MRSM buat anak-anak mereka anda bolehlah ikuti step by step yang kami sediakan ini. Tidak susah ingin mengisinya pastikan anda tidak tertinggal satu pun maklumat semasa mengisi borang ini.

Pertama ,anda perlu mengisi borang secara online di pautan ini ,terlebih dahulu anda akan dipaparkan dengan syarat kelayakan untuk mengisi permohonan ini kemudian apabila anda tekan setuju anda akan dapat melihat seperti di bawah:

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Anda boleh pilih mengikut Tingkatan anak anda jika anda ingin daftar anak anda untuk Tingkatan 4 klik saja di permohonan begitu juga jika anak di tingkatan 1,  kemudian anda akan melihat seperti dibawah ini:

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Anda dikehendaki mendaftar kad pengenalan anak anda  untuk memastikan kewarganegaraan anak anda sah sebelum mengisi butiran peribadi secara terperinci seperti dipaparkan dibawah ini.

Permohonan kemasukan ke MRSM 2022

Selesai mengisi maklumat diri anak anda, tekan hantar dan tunggulah sehingga tarikh pemberitahuan status permohonan diumumkan. Anda perlu mengisi dari tarikh bermula 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021. Selamat memohon.

Pengambilan Pelajar MRSM Sesi 2022

Sebelum anda mengisi permohonan ini pastikan anak anda memenuhi syarat yang ditetapkan. Seperti yang sedia maklum, selepas mengisi borang, anak anda dikendaki menghadari ujian oleh Pihak mara sebelum berjaya ditempatkan di institusi ini.

Syarat-Syarat Kemasukan Ke MRSM

Disini kami kongsikan antara syarat-syarat kemasukan MRSM yang perlu dipatuhi sebelum mengisi borang:

  •  Calon, ibu bapa warganegara Malaysia.
  • Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hinga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • sihat tubuh badan

Tips: Bagi ibu bapa yang pertama kali mengisi borang buat anak mereka dan ingin mengetahu sama ada permohonan berjaya atau tidak ikuti keputusan yang kami berikan ini.  

Mengapa MRSM Menjadi Pilihan Buat Ibu Bapa?

Tidak dinafikan untuk memasuki MRSM ini sangat sengit. Maklum sajalah populasi rakyat di Malaysia ini ramai. Kadangkala disebabkan terlalu ramai yang mengisi pada masa yang sama menyebabkan website tidak dapat berfungsi dengan baik. Antara faktor mengapa MRSM institusi yang menjadi kegemaran ibu bapa ialah, pengajian yang bermutu namun mempunyai yuran yang murah. Pelajar MRSM sering kali didedahkan dengan seminar, perkongsian dari alumni dari segi pembelajaran mahupun kehidupan. Aktiviti-aktiviti yang padat dan memanfaat buat pelajar menjadikan hidup mereka lebih teratur dan berdisiplin. Selain itu, melahirkan insan yang kuat dari segi mental dan fizikal. Suasana yang berdikari dan jauh dari ibu bapa pada usia yang muda menjadikan mereka bijak mencari jalan penyelesaiaan sekiranya menghadapi masalah. Konsep MRSM yng mecakupi semua aspek sangat membantu para pelajar.

Jelaskah Anda Mengenai Perkongsian kali ini?

Ibu bapa sudah pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sejak dahulu lagi, Ibu bapa atau pihak guru akan memaklumkan pada pelajar darjah 6 dan darjah 3 untuk bersedia untuk mengisi permohonan ini dan alert dengan tarikh mula dan tutup untuk mengisi borang ini. Walaupun akan sengit dan sulit untuk menempat diri di sesebuah institusi MRSM namun kita perlulah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Semoga perkongsian Permohonan kemasukan ke MRSM 2022 dapat memberi masa depan yang lebih cerah buat anak anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More