Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Bermula 10 Mac

Semakan keputusan tawaran MRSM 2021 tingkatan 1 dan 4 dibuka bermua 10 Mac jam 10 pagi. Calon-calon pelajar yang telah membuat permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA bagi pengambilan tahun 2021, berikut adalah maklumat berkaitan semakan status keputusan dan tawaran.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia

Maktab Rendah Sains MARA telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.

KEPUTUSAN TAWARAN MRSM 2021

Isi Kandungan

SEMAKAN TAWARAN MRSM 2021 TINGKATAN 1 DAN 4 SECARA ONLINE

TARIKH SEMAKAN TAWARAN & RAYUAN TINGKATAN 1

Berikut adalah tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan bagi kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM:

  • Dibuka : Secara berperingkat mulai 10 Mac 2021

CARA SEMAK TAWARAN TINGKATAN 1 MRSM

Untuk membuat semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan yang disediakan di bawah:

  • Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2021 Tingkatan 1
  • Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
  • Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh ditetapkan. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini iaitu sebelum tarikh yang akan dikemaskini
  • Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan dianggap MENOLAK TAWARAN MRSM
    *Calon tidak berjaya boleh buat rayuan online. Hanya rayuan online sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya jika ada kekosongan.

Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini. Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Bermula 10 Mac 1

TARIKH SEMAKAN TAWARAN & RAYUAN TINGKATAN 4

Berikut disediakan tarikh rasmi semakan tawaran serta rayuan kemasukan Tingkatan 4 ke MRSM:

  • Dibuka : Secara berperingkat mulai 10 Mac 2021

CARA SEMAK TAWARAN TINGKATAN 4 MRSM

Bagi melakukan semakan dan e-Rayuan, sila layari pautan yang disediakan di bawah:

  • Sistem Aplikasi : Semakan Tawaran Dan Rayuan MRSM 2021 Tingkatan 4
  • Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari judul pautan sistem aplikasi semakan tawaran di atas
  • Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat  rayuan juga boleh melakukannya di sistem aplikasi yang sama
  • Sila sahkan penerimaan / penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini
  • Tarikh pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini

MAKLUMAT LANJUT TARIKH KEMASUKAN DAN RAYUAN MRSM 2021

TARIKH KEMASUKAN

Berikut adalah tarikh kemasukan iaitu pendaftaran dan persekolahan pelajar MRSM bagi tahun 2021:

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021

RAYUAN MRSM 2021 TINGKATAN 1 DAN 4

Bagi calon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan juga boleh melakukannya melalui aplikasi semakan yang sama

Sekiranya tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan status keputusan, pelajar boleh berusaha dan cuba menulis surat rasmi (rayuan bertulis) kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Boleh rujuk panduan:

Keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pelajar dan kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu nanti. Untuk maklumat lanjut adalah sewajarnya dengan menghubungi pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my atau rujuk:

PENUTUP

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2021 Tingkatan 1 dan 4 Bermula 10 Mac ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun RM300 Sebulan

Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More