Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia

Permohonan Untuk masuk dan keluar negara Malaysia boleh dibuat dengan menggunakan MyTravelPass kepada prosedur terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) banyak menerima permohonan untuk keluar Negara dan permohonan masuk semula ke Malaysia bagi kalangan warganegara Malaysia.

Sebelum ini, JIM telah mengeluarkan surat prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara bagi tujuan menyambung pelajaran dan bekerja bertarikh 10 September 2020 berkaitan perkara ini.

Travellers boleh baca dan mohon bertenang ya.

Isi Kandungan

Cara Permohonan MyTravelPass

Permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi rakyat Malaysia dan warganegara asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass melalui laman web rasmi JIM:

  • Layari https://www.imi.gov.my/
  • Klik pada MyTravelPass (Icon Passport)
  • Klik pada bahagian yang anda mahukan samada untuk warganegara (anda sendiri atau pasangan anda atau kanak – kanak) atau warganegara asing
  • Baca terlebih dahulu setiap prosedur sebelum anda klik Agree and Proceed
  • Process akan dibuat dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja

Baca Juga: Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021

Anda boleh rujuk kepada gambar dibawah:

Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia 1Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia 2

Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia 3

Semakan Status Permohonan

Anda boleh klik pada pautan ini untuk membuat semakan: https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/semakan

Masukkan No. Applikasi atau No. Passport dan Kewarganegaraan anda

Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia 4

Soalan Lazim

Anda boleh melihat pelbagai soalan tentang prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara dan masuk semula ke Malaysia DISINI.

Pertanyaan Umum mengenai Jabatan Imigresen Malaysia:

  1. Wujudkah kaunter khas bagi orang-orang Cacat?
    Jabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa (cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan daripada pakar perubatan Hospital Kerajaan.
  2. Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar. Apakah kenyataan ini betul?
    Ya, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak menepati kehendak Jabatan.
  3. Saya seorang warganegara Nigeria dan telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Saya ingin bekerja dan menetap bersama isteri di Malaysia. Saya ingin mendapat kepastian samada terdapat kemudahan bagi golongan seperti saya dan syaratnya?
    Boleh. Suami/isteri adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar Pas Lawatan Sosial jangka panjang kepada pas tanggungan dengan syarat mendapat kelulusan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Anda juga boleh masukkan pertanyaan anda pada pautan ini: http://eapp.imi.gov.my/tanya/create

Maklumat Lanjut

Untuk mendapat sebarang maklumat lebih lanjut, anda boleh melihat pautan ini atau Facebook Rasmi JIM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More