Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021

Permohonan Rumah PPR masih dibuka bagi setiap negeri bagi yang layak. Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) merupakan program milik penuh kerajaan bagi memberi kemudahan kediaman yang selesa bagi golongan B40 di Malaysia.

Isi Kandungan

Kategori Rumah PPR

PPR merupakan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah KPKT dimana terdapat 2 jenis kategori yang perlu anda tahu iaitu :

  1. PPR Disewa
    • Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
  2. PPR Dimiliki
    • Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.
    • Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air;
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
    • Surau/Ruang Solat,
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat Kelayakan PPR

Sebelum buat permohonan anda perlu tahu syaratnya terlebih dahulu, beberapa syarat ditetapkan bagi program ini dimana ianya terbahagi kepada dua :

Skim PPR Dimiliki

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Skim PPR Disewa

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Baca Juga: Permohonan Akademi Laut Malaysia Bagi Lepasan SPM 2021

Cara Permohonan

  1. Masuk ke laman rasmi KPKT di bahagian pendaftaran SPRN
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan Klik DAFTAR
  3. Selesai, sila masuk email anda untuk Verifikasi, klik pada pautan di email anda untuk masukan kata laluan.
  4. Dah selesai, anda boleh login SPRM seperti biasa.
  5. Klik Pilih Skim dan anda boleh pilih samada skim PPR Disewa atau Dimiliki
  6. Ikuti langkah seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran
  7. Setelah lengkap permohonan, boleh kemaskini permohonan dengan klik ‘Kemaskini Permohonan

Anda boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih terperinci:

Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021

Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021

Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021

Semak Senarai Projek PPR

Anda boleh buat semakan senarai lokasi projek ppr terkini seluruh negara. Melalui teduh projek terkini contoh seperti gambarajah dibawah ini.

Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021 1

Maklumat Tambahan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More