Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH LPPSA YANG TERJEJAS BANJIR

Permohonan pampasan kerosakan rumah atau tuntutan insurans bencana alam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) boleh dibuat sekiranya rumah anda terjejas dengan bencana banjir.

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Oleh yang demikian, LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans / takaful LTHO masing-masing.

Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang takaful / insurans LTHO LPPSA dan cara membuat tuntutan bagi kediaman yang mengalami kerosakan atau kerugian akibat banjir. Buat mangsa banjir di Pahang yang kehilangan rumah kediaman, anda boleh memohon Bantuan Mangsa Banjir di Pahang – RM 200 sebulan sehingga 6 bulan. Semoga memberi manfaat.

pampasan kerosakan rumah

 

pampasan kerosakan rumah

NOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.

Peringatan : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulij kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

Isi Kandungan

APAKAH ITU INSURANS/TAKAFUL LTHO LPPSA ATAU PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH?

LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang.

Ia adalah perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, banjir, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.

Melalui insurans / takaful ini, pelanggan LPPSA boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.

pampasan kerosakan rumah

pampasan keroskan rumah

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON TUNTUTAN KEROSAKAN RUMAH AKIBAT BANJIR LPPSA?

Berikut dikongsikan cara-cara membuat tuntutan pampasan kerosakan rumah yang dibiayai oleh LPPSA bagi panel insurans / takaful LTHO. Peminjam perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan/IC
  2. Laporan polis
  3. Laporan bomba
  4. Sebut harga baikpulih
  5. Borang tuntut pampasan

pampasan kerosakan rumah

PANEL INSURANS/TAKAFUL APAKAH YANG TERLIBAT?

Antara panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA adalah seperti berikut:

  1. Etiqa General Takaful
  2. Takaful Malaysia
  3. Takaful Ikhlas Malaysia

pampasan kerosakan rumah

pampasan keroskan rumah

pampasan kerosakan rumah

MAKLUMAT LANJUT :

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Akhir kata, semoga perkongsian ini berkenaan tuntutan insurans bencana alam bagi pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dapat membantu anda yang terjejas disebabkan banjir. Semoga anda berjaya membuat tuntutan pampasan kerosakan rumah ini demi membaik pulih rumah yang terjejas.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More