Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Sekarang anda boleh membuat permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0. Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020. Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
  • Modal pusingan

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Dibawah ini disenaraikan syarat kelayakan bagi memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  • Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Memohon TEKUN Mobilepreneur

Jika anda telah telah melepasi syarat – syarat kelayakan seperti diatas, anda boleh merujuk langkah – langkah untuk memohon seperti dibawah :

  • Layari laman web https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang-permohonan-mobilepreneur/
  • Muat turun borang-borang berikut:
    i) Borang JPP01 – Senarai Semak
    ii) Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
    iii) Borang JPP 11 – Borang Penama
    iv) JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
    v) JPP Borang 25 – Borang Permohonan Pembiayaan CBRM (Usahawan TEKUN Sedia Ada)
  • Lengkapkan borang beserta dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang yang lengkap diisi kepada [email protected] atau hantar sendiri ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Selain itu, anda juga boleh memohon secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://mobilepreneur.tekun.gov.my/.
  • Klik bahagian “Daftar Akaun Anda Sekarang.”
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik butang “Daftar Akaun.”
  • Buka emel dan tekan link bahagian pengesahan pendaftaran.
  • Masukkan alamat emel dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Dokumen Yang Diperlukan
  • Borang permohonan mestilah disertakan dengan dokumen yang diperlukan iaitu:
    • Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
    • Gambar pemohon berukuran passport.
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
    • Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
    • Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
    • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
    • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
    • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, anda boleh terusmelayari laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my. Selain itu, pemohon juga boleh hadir ke ibu pejabat TEKUN Nasional di alamat:

Menara TEKUN,
T5-01-01 Maju Link,
Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur

Artikel lain: Pendaftaran Kelahiran Secara Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More