Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah membuka permohonan untuk mendaftar nama anak yang lahir sepanjang tempoh PKP ini. Memandang tempoh PKP dipanjangkan, ramai pihak yang tidak mempunyai kengkangan masa atau masalah lain untuk membuat pendaftaran, maka JPN telah mempermudahkan urusan rakyat Malaysia dengan membuka pendaftaran secara dalam talian.

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

Anda boleh mengikuti cara – cara yang telah disediakan ini untuk membuat permohonan pendaftaran kelahiran secara dalam talian:

  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Pemohon boleh tekan di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (anda boleh terus scan QR code di poster di bawah).
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  4. Pemohon boleh melakukan pendaftaran di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk ke sistem.
    1. Tekan pada butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar kali pertama atau boleh juga;
    2. Tekan Log Masuk jika anda sudah mendaftar
  5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  6. Pengguna baru mesti mengisi dengan lengkap dan tepat kesemua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    1. Isi nama penuh dan lengkapkan dengan nama yang sama seperti di kad pengenalan &;
    2. Alamat emel yang diberikan mestilah wujud bagi tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun anda.
  7. Pengguna akan menerima emel dari [email protected]
  8. Untuk aktifkan akaun sila klik pada butang tertera.
  9. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang telah diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  10. Sekiranya berjaya sila tekan seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  11. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No. MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  12. Kemudian pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

permohonan

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN

Dibawah merupakan cara mengisi borang pendaftaran kelahiran. Anda boleh merujuk manual JPN di SINI.

  1. Pengguna perlu membaca kesemua terma & syarat yang telah disenaraikan oleh JPN.
  2. Jika pengguna setuju dengan terma & syarat yang disenaraikan, klik pada butang
  3. JIka pengguna setuju untuk meneruskan permohonan.
  4. Sila melengkapkan borang tersebut, dan tekan butang “Seterusnya”.
  5. Teruskan dengan klik butang pada “Daftar”.
  6. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan anda dan tekan butang “Daftar”.
  7. Pengguna akan dipaparkan Paparan berjaya didaftarkan dan sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  8. Maklumat penting bagi pemohon, sila hadir dalam masa 60 hari ke pejabat JPN berdekatan setelah mendaftar online.

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut boleh ke laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara https://www.jpn.gov.my

Anda boleh hubungi Jabatan Pendaftaran Negara mengenai maklumat lanjut cara pendaftaran kelahiran secara online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain di nombor berikut:

  • 03-8000 8000

Artikel lain: MyBayar myGovXchange

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More