Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Disini kami kongsikan cara membuat Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang. Semua permohonan mesti memenuhi garis panduan dan kriteria kelayakan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Antara kriteria ialah pemohon mestilah warga Sarawak yang menetap dan berniaga di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dan pemohon mestilah peniaga yang pernah mengendalikan gerai sebelum 1 Jun 2021.

Isi Kandungan

KRITERIA BAGI “BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)” BAGI PENJAJA/PENIAGA KECIL/GERAI MAKANAN YANG TIDAK BERLESEN

  1. Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan sebelum 1 Jun 2021.
  4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
  5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  6. Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
  8. Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
  9. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  10. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.
  11. Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:

Cara Membuat Permohonan Permit Bantuan Khas

Anda boleh ikuti cara yang kami sediakan ini untuk Permohonan Permit Bantuan Khas:

  1. Layari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan menu ‘Borang Permohonan Permit’
  3. Isikan maklumat yang disediakan (Ruangan bertanda * wajib diisi)
  4. Sertakan lampiran yang disenaraikan seperti di bawah.
  5. Tick butang ‘Setuju’
  6. Tekan butang ‘Hantar’

Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Permohonan yang berjaya dihantar akan mendapat notifikasi seperti di bawah.

Borang Permohonan Permit Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Semakan Status Permit BKSS 2021

  1. Layari laman web https://community-service.sarawak.gov.my/
  2. Tekan butang ‘Semak Status’
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Status anda akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang permohonan permit BKSS 2021, boleh menghubungi Talikhidmat di talian 082-555 999 atau email [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More