Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai 15 Bantuan dan Inisiatif Lain Untuk Rakyat Sarawak

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan 15 langkah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.4 bilion bagi meneruskan kelangsungan bantuan yang amat diperlukan rakyat akibat langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD dan PKPB.

Isi Kandungan

1. Bantuan Tunai BKSS 6.0

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).

Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

2. Bantuan Untuk Barisan Hadapan

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:

  • Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan (Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200

3. Bayaran RM1500 Kepada Pengamal Media

Pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

4. Geran Khas BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil

Geran khas berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu RM750 pada Julai dan RM750 Disember nanti melalui Sarawak Pay.

5. Bantuan Kepada Pemilik & Pengendali Penambang

Bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di negeri Sarawak.

6. Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pengendali Van, Teksi & Bas

Bantuan kewangan secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah berdaftar di negeri ini.

7. Bantuan RM500 Untuk Pemandu Perkhidmatan e-Panggilan & Pengajar Sekolah Memandu

Bantuan kewangan sebanyak RM500 secara sekali bayar pula akan diberikan kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan dan pengajar sekolah memandu yang pembayarannya dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

8. Bantuan Kewangan Untuk Agensi Pelancongan & Operator Homestay

Kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kewangan secara sekali bayar iaitu RM3,000 untuk 216 agensi pelancongan berlesen, RM600 untuk 568 Operator Homestay berlesen.

9. Bantuan Kewangan BKSS 6.0 Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu Kenderaan Pelancong Berlesen

RM1,500 untuk Pemandu Pelancong dan 173 Pemandu Pelancong Taman Negara dan RM500 untuk 99 Pemandu Kenderaan Pelancong berlesen yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.63 juta.

10. Diskaun Bil Air BKSS 6.0

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 647,000 isi rumah di seluruh Sarawak

11. Diskaun Bil Elektrik BKSS 6.0

Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

12. Pengecualian Sewa Untuk PKS

Kerajaan Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu Julai hingga Disember 2021.

13. Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan HDC

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

14. Diskaun Sewa Pasar & Gerai PBT

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021.

15. Diskaun 25% Cukai Pintu

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Sumber Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Artikel lain:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More